Sunday, February 9, 2014

Oh My Framework!!!!

Fuhhhh bersawang gila blog nih... dah dekat 3 bulan x jenguk.. x update.... dan x mengarut hihihii.... Ada banyak sebab sebenarnya aku jadik camnih... Sebab No 1 ialah handphone aku dah jadik gelong skrg nih nak masuk 3 bulan. jadi xleh nak amik gambo... tu yg jadi maleh nak update story kat blog. padahal merata ja aku jenjalan ngan anak2.....

Sebab no 2 dan yang paling effect kat hidup aku adalah sebab SV suruh ubah framework... warrgggggggghhhhh tensionnya. Lepas jumpa SV hujung bulan 11 ari tu.... dia advice suh tukar framework yang lebih sesuai dan aku jadik sakit hati. bersusah payah cari literature dan karang panjang2 ....  tetiba nak kena buat semula. waaaa...... sedihnya....  oleh sebab over tension, awal bulan 12 aku bawak anak2 balik kampung 10 hari. lepas tu anak teruna aku bersunat pulak. maka sambung cuti lagi seminggu. lepas tu dok prepare anak2 nak sekolah pulak... tetiba dah masuk bulan 1. bila teringat ja nak buat framework balik motivation terus down... baca pun x dak apa yang masuk kepala otak.

Sekarang ni masih struggle lagi siapkan framework baru..... Harap2 boleh siapkan cepat. Minggu lepas aku dah register semester baru... dah masuk sem 4 ni weiiiii... arrggghhh takutnya. Maknanya masa cuma tinggal 1 tahun 6 bulan skrg nih..... dan aku baru ja kena buat U-turn balik ke fasa pertama....  Akan berjayakah aku nanti??????  huhhhhh

Jauh dalam hati, aku yakin boleh sampai ke penghujung phd dengan jayanya...  Kawan2.... tolong lah doakan sama ya. Wish me luck ok


Rashd latest picture
(Gambar hiasan.... tak ada kena mengena dengan post ari ni hihihihi.....)