Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

CUPCAKE COKLAT DAN VANILLA




Seminggu x update blog... x sangka cepat betul masa berlalu. Hari ni dah masuk bulan November... makin dekat tarikh defend waaaaaaaaaaa!!!!!! Walaupun sibuk giler minggu ni, tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan puteri kesayangan... Aina.. yang minta buat cupcake utk hari kanak2 hari ni..... Semalam balik dari lab pukul 7 mlm.... ajak En hubby gi beli barang dulu, ada pulak yg x cukup... Pukul 9 malam start baking... rasa berat tulang2 badan, tapi nengok muka aina dan iskandar yang dok menunggu operasi baking cupcake terus buat2 kuat hahahhah... kena jadik superwomen. Siap baking lebih kurang pukul 1 pagi. Check out resepi ok... :)

Honey buat 2 flavor.. perisa coklat dan vanilla.. checkout resepinya :)

CUPCAKE COKLAT

Bahan-bahannya :
250 gm unsalted butter
70gm brown sugar
150g gula caster
120gm tepung
60gm serbuk koko
1 sb baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
4 biji telur
240ml air sejuk

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung, serbuk koko, soda, baking powder dan garam. Kemudian ayakkan.
2. Putar butter, brown sugar dan gula caster sehingga gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan air sejuk. Pastikan mula dengan tepung dan akhir dengan tepung.
5. Aturkan cup pilihan... masukkan adunan 2/3 cawan
6. Bakar dalam ketuhar 180C selama 20 minit atau sehingga masak. (kalau nak tau masak atau belum cucuk di tengah cupcake dengan lidi, kalau masih melekat tambah masa bakar lagi 5 minit. Ulang sampai tiada sisa melekat pada lidi)







CUPCAKE VANILLA
Bahan-bahannya :
125 gm unsalted butter
150gm tepung
120gm gula caster
1 sk soda bikarbonat
1sk baking powder
120ml susu
2 biji telur

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung, soda, baking powder dan garam. Kemudian ayakkan.
2. Putar butter dan gula caster sehingga gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Campurkan susu dengan esen vanilla
5. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu. Pastikan mula dengan tepung dan akhir dengan tepung.
5. Aturkan cup pilihan... dan masukkan adunan 2/3 cawan
6. Bakar dalam ketuhar 180C selama 20 minit atau sehingga masak.



HIASAN CUP CAKE :
Untuk hiasan aku guna buttercream jer... sebab x yah simpan dalam peti ais kek tu. kalau guna whipped cream kena masuk peti pulak.

Bahan2nya :
125gm unsalted butter
300gm icing sugar
2 sk air
edible image 
coklat warna warni

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega sehingga gebu
2. Masukkan gula icing dan air dan pukul hingga sebati
3. Lapiskan pada cupcake biar rata.
4. Hiaskan dengan edible image dan coklat urai warna warni utk lebih menarik

Kalo rajin buh warna pun blh dalam butter cream tu... Selamat mencuba ok...

Wednesday, October 16, 2013

Projek Kek Besday di Hari Raya Aidiladha...

Hari ni hari jadi anak teruna ku yang hensem lagi menawan (walaupun hitam tapi hitam manis tau hhihihihi) yang ke-8. Makin besar anak teruna mama ni ye, mama doakan jadi anak soleh, dan berjaya dunia akhirat.... Jadi semalam bawak budak2 ni gi kedai bahan2 kek....  Nerves gak takut kedai tutup... ye la hari raya haji ni.... kalau ikut logik mana ada org nak g kedai beli brg kek kan. Orang g beraya rumah sedara mara, jumpa family. Tapi aku ni jauh di perantauan, g beraya ngan tokey kedai barang kek je la... uhuhu sedih tau.... 

Opsss back to tajuk asal, dah menyimpang lak dari tajuk heheheh...
OK nasib baik kedai bahan2 kek yummie kat seksyen 9 BBB tu bukak, dan ada gak 3-4 org melayu cam aku dok cari barang... heheheh ingatkan aku sorang je. Aku belikan edible image, Iskandar yg pilih sendiri gambar ben10 tu... Barang2 wajib byk yg dah ada kat umah, cuma aku tambah butter dengan coklat warna warni tu untuk hiasan. 




Untuk kek, buat kek coklat je... dah yg tu yg budak2 suka. Utk hiasan atas guna whipped cream.  Ok check out resepi ye :

KEK COKLAT 

Bahan2nya :

250gm unsalted butter
300gm tepung gandum
250gm gula caster
100gm gula perang
50 gm serbuk koko
5 biji telur
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk garam
1 sk vanilla essence
300 ml air sejuk

Cara membuatnya :

1. Panaskan ketuhar 170C
2. Ayak bahan2 kering; tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder
3. Pukul mentega, gula caster dan gula perang 2-3 minit
4. Masukkan essence vanilla dan telur sebiji demi sebiji
5. Masukkan bahan ayak selang seli dengan air sejuk
6. Pukul sampai semua bahan sekata
7. Griskan loyang dengan mentega dan masukkan adunan
8. Bakar selama 45 minit pada suhu 170C



Untuk hiasan :
250ml whipping cream
Sedikit chocolate rice
Edible image
Sedikit chocolate candy
Pewarna hijau untuk hiasan

Cara2nya :
1. Pukul whipped cream sehingga kental. Utk tips memukul whipped cream blh refer blog kak azlita
2. Keluarkan 4 sudu besar whipped cream yg telah kental dan masukkan dalam mangkuk kecil dan masukkan pewarna hijau.
3. Putar sehingga sekata dan masukkan dalam piping bag. Honey guna nozel small star.
4. Pastikan kek betul2 sejuk dan potong kepada 2 lapisan
5. Letakkan sedikit whipped cream pada lapisan pertama dan ratakan
6. Letak lapisan kedua dan letakkan whipped cream sehingga menutupi kek
7. Kemaskan cream dan guna sikat untukkan kemaskan tepi kek (sikat kek tau.... jgn guna sikat rambut yg ada kat umah lak.. hihii)
8. Taburkan chocolate rice di tepi kek... (tengoklah taburan org x profesional... x hapa2)
9. Hiaskan keliling kek dengan whipped cream hijau guna piping bag
10. Letakkan edible image dan hias keliling dengan colorful candy.


Siap..... sukatan ni utk kek 1 kg. Oleh sebab oven Honey jenis kecik... buat loyang utk 1/2 kg. Jadi dapatlah  2 kek.... satu bawak g sekolah. satu lagi utk di ngapp di rumah. Lepas buat masuk dalam peti ais dulu ye... bagi cream tu keras skt. Bila dah nak potong baru keluarkan.... wokeys nak caucincau dulu...

bye....

Tuesday, July 16, 2013

ORANGE MARBLE CAKE YANG GEBUSSSS...

 Photo: Mood : baking...  orange marble cake.

Salam uolllsss... nak masak apa pulak berbuka puasa hari ni? Honey tengah survey resepi-resepi yang sesuai  untuk berbuka. Minggu lepas, mak cik honey datang dari Sungai Petani. Dia nak daftarkan anak dia masuk kolej yang dekat dgn rumah honey.... jadi sempena diorang nak datang tu honey buatkan la Orange Marble Cake hasil resepi Mat Gebu. Linknya boleh ambil kat sini...

Memandangkan ramai yang nak datang, Honey buat la 2 biji, projek bermula di tengah-tenga malam masa bebudak tu semua dah tidor.Masa tu En hubby lak keluar jumpa kawan. Siap je baking terus masuk tido... Nak dijadikan cerita bila bangun pagi tengok2 kek tinggal sebiji.... heran betul mana hilang lagi 1. Rupa-rupanya masa en hubby balik, dah terhidu keharuman buah oren dari kek ni... Dia try sikit, sikit tengok2 habis sebiji.... cesss anyway resepi ni memang sedap, diakui sendiri oleh en hubby. Jadi tinggal la sebijik je untuk para tetamu...

Rasa tak puas makan, hari sabtu baru ni honey baking lagi sekali... kali ni boleh la makan puas-puas. Masa  honey buat, suhu 200C, terlupa nak setkan pasal tu jadi membukit skt kat tengah2. Takpela... mulut ku jugak yang nak menelannya. hehehhehe. OK la kalau uolsss rajin try la buat. Resepinya ada kat bawah yer....



BAHAN - BAHANNYA :

130 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, dll)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour), diayak
2 biji telur gred A, asingkang kuning dan putihnya
3/4 cawan gula kastor, asingkan 1 camca besar
1 biji oren, parut kulitnya (bahagian kuning) dan perah jusnya
1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA : 

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 9inci x 4inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

2. Putar putih telur dengan 1 camca besar gula kastor yang diasingkan hingga kental. Ketepikan. Dalam mangkuk yang sama, putar mentega dan baki gula kastor hingga gula putih. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.

3. Perlahankan kelajuan, masukkan jus oren berselang seli dengan tepung hingga habis. Putar rata. Masukkan putih telur yang diputar kental tadi dan gaul dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.

4. Asingkan 4 camca besar bancuhan dan campurkan dengan coklat emulco, kacau rata. Tuang adunan kosong ke dalam tin, ratakan, kemudian sudu2kan adunan coklat atasnya. Gunakan chopstik, lorek 4 - 5 kali agar menajadi corak marble.

5. Bakar 45 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan sepenuhnya. Boleh potong dan hidangkan.