Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

CHICKEN CHOP BLACK PEPPER MELELEH!!!


Selamat berhari Isnin uolssss.... camana weekend kali ni? Mesti pakat berjalan bawak family kan... maklumla cuti panjang utk Deepavali. Honey berdeepavali kat lab jer la.... huhuhu... bahang proposal defend makin terasa, tinggal lagi 3 hari jerrr (gggrrrrrrr.... ketaq dah nih). Walaupun bz kat lab, balik jer rumah terus bersilat kat dapur utk melepaskan tension hehehe... Menu yang terkeluar hujung minggu ni ialah Chicken Chop Black Pepper meleleh... Honey guna sos black pepper pre-mix yg order dari member di kedah.... Memang senang dan sedap heheheh... 2 minit jer...cuma tambah air dan panaskan.. tengggg siap lah sosnya. Memang sesuai utk buzy mom dan hasilnya amat marvelossss....  Check out resepi okeh.... Bagi yang nak cuba sos ni leh order dengan Salina (www.facebook.com/salina.ayob). Tapi bagi yg rajin nak wat sos sendiri.... honey buh gak resepi favourite black pepper sauce

CHICKEN CHOP BLACK PEPPER

Penyediaan Ayam

Bahan2nya :
4 ketul ayam (Dada atau peha) dibuang tulang
tepung gandung
1 biji telur
bread crump (serbuk roti)
sedikit garam dan seasoning
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :
1. Bersihkan ayam dan gaul dengan sedikit garam dan seasoning. Masukkan dalam plastik dan perap dalam peti ais selama 1 jam
2. Panaskan minyak
3. Pukul telur dalam mangkuk....  pkl sikit2 jer xyah nak beriya sangat yer. 
4. Keluarkan ayam tadi.... terbalikkan dalam tepung gandum sehingga rata
5. Celupkan pula dalam telur yang dah dipukul
6. Terbalikkan pula dalam serbuk roti
7. Goreng dengan api sederhana sehingga masak. 

Haa.... senangkan. Kalau blh api tu jgn kuat sangat... sebab serbuk roti tu cepat hitam. 


Penyediaan Sos (ambil dari page rosaliza )
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega


Cara-Cara:
1.Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2.Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3.Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4.Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
5.Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
6.Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Untuk menghidang, Honey goreng fries pastu buat salad sikit...apa yg ada dalam peti jer.. kebetulan ada daun salad, tomato, kobis dan carot.. so potong2 jer dan letak sos thousand island... perrggg memang meletopss 

Okehhh... nak sambung wat presentation slide. See uolsss next entri okehhh caucincauuuuuu


Sunday, October 13, 2013

ROSEMARY GRILLED CHICKEN & BLACK PEPPER SAUCE

Salam uolszzz.... Masak apa hari ni? Hari cuti mesti masak best2 kan heheheh...

Hari ni honey plan nak masak western, konon nak kurangkan makan nasi sbb rasa dah makin gemuk je. Jadi honey nak try masak Rosemary grilled chicken. Resepi Honey amik dari blog Mamasya. .... nampak memang sedap. Utk black pepper sauce, Honey guna pre-mix black pepper sauce yang diorder dari salina ayob. Sedaaappp sangat black pepper sauce dia dan siap dlm 2 minit je ok hahhaha... mmg superb OK.. check out resepi ye...





Resepi Ayam Panggang Rosemary
Sumber; Potret Kasih@ Blogwana
Oleh; Dapurmamasya

bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering - guna yg debu
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...


Untuk budak2 honey masak nasi ayam yg simple utk matchkan dgn grilled chicken ni. diorang mana leh x makan nasi kan... hehehehe. Hari ni lepas masak Honey bantai tidur sepanjang petang.... skrg ni baru nak buka laptop dan sambung wat kerja... ok jumpa uolllsss next entry ye