Sunday, November 3, 2013

CHICKEN CHOP BLACK PEPPER MELELEH!!!


Selamat berhari Isnin uolssss.... camana weekend kali ni? Mesti pakat berjalan bawak family kan... maklumla cuti panjang utk Deepavali. Honey berdeepavali kat lab jer la.... huhuhu... bahang proposal defend makin terasa, tinggal lagi 3 hari jerrr (gggrrrrrrr.... ketaq dah nih). Walaupun bz kat lab, balik jer rumah terus bersilat kat dapur utk melepaskan tension hehehe... Menu yang terkeluar hujung minggu ni ialah Chicken Chop Black Pepper meleleh... Honey guna sos black pepper pre-mix yg order dari member di kedah.... Memang senang dan sedap heheheh... 2 minit jer...cuma tambah air dan panaskan.. tengggg siap lah sosnya. Memang sesuai utk buzy mom dan hasilnya amat marvelossss....  Check out resepi okeh.... Bagi yang nak cuba sos ni leh order dengan Salina (www.facebook.com/salina.ayob). Tapi bagi yg rajin nak wat sos sendiri.... honey buh gak resepi favourite black pepper sauce

CHICKEN CHOP BLACK PEPPER

Penyediaan Ayam

Bahan2nya :
4 ketul ayam (Dada atau peha) dibuang tulang
tepung gandung
1 biji telur
bread crump (serbuk roti)
sedikit garam dan seasoning
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :
1. Bersihkan ayam dan gaul dengan sedikit garam dan seasoning. Masukkan dalam plastik dan perap dalam peti ais selama 1 jam
2. Panaskan minyak
3. Pukul telur dalam mangkuk....  pkl sikit2 jer xyah nak beriya sangat yer. 
4. Keluarkan ayam tadi.... terbalikkan dalam tepung gandum sehingga rata
5. Celupkan pula dalam telur yang dah dipukul
6. Terbalikkan pula dalam serbuk roti
7. Goreng dengan api sederhana sehingga masak. 

Haa.... senangkan. Kalau blh api tu jgn kuat sangat... sebab serbuk roti tu cepat hitam. 


Penyediaan Sos (ambil dari page rosaliza )
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega


Cara-Cara:
1.Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2.Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3.Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4.Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
5.Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
6.Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Untuk menghidang, Honey goreng fries pastu buat salad sikit...apa yg ada dalam peti jer.. kebetulan ada daun salad, tomato, kobis dan carot.. so potong2 jer dan letak sos thousand island... perrggg memang meletopss 

Okehhh... nak sambung wat presentation slide. See uolsss next entri okehhh caucincauuuuuu


No comments:

Post a Comment