Tuesday, July 16, 2013

NASI ARAB.. OUZI

Photo: ‎الحمد لله خلص اليوم بعد عطش رهيب...بس المشكله لما يكون الفطور "اوزي" بصلي التراويح بالبيت:)‎

Assalamualaikum ..... hari ni dah hari ke lapan kita puasa, kejap je dah nak masuk minggu kedua kan. Tadi Honey ada tengok satu video yang sangat menyentuh jiwa. Tentang kenapa kita berpuasa dan apa ertinya ramadhan.... benar-benar menyentuh jiwa.... insafnya Boleh layan vidoe tu di youtube ye... ini linknya.

So hari ni, honey nak share satu lagi resepi makanan arab.... Nasi Ouzi. Ini memang makanan favourite honey masa kat Jordan. Kak ipar honey masak memang tersangat-sangat sedap. Nasi ouzi ni lagi best kalau guna kambing. Tapi since susah nak cari kambing yang fresh, honey ganti dengan ayam jer la.... Kalau sapa-sapa nak guna kambing pun boleh, ganti je ngan ayam tapi make sure rebus sampai daging betul2 lembut... OK.... ini resepinya...

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 kilo beras brasmati
1 ekor ayam (dipotong 8)
200gm daging cincang
3 sudu besar rempah mixed spices
1 biji bawang besar (potong 4)
2 biji bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai bay leaf (kalau guna kambing letak 5 helai)
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 mangkuk kacang peas
1 biji lobak merah
100gm badang hiris
minyak zaitun (blh ganti dengan minyak masak)
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Cuci dan rendam beras brasmati dalam air panas.

2. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama bawang besar (dipotong 4), 1 sudu besar mixed spices, bay leaf dan sedikit garam. Rebus hingga ayam empuk. Toskan dan kemudan goreng seketika untuk dapatkan golden colour pada ayam. Air rebusan ayam jangan dibuang.

3. Masukkan minyak zaitun untuk menumis, dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang. Setelah naik bau, masukkan daging cincang dan 1 sudu besar mixed spices. Biar sehingga daging masak. Masukkan kacang peas, lobak merah dan cendawan butang. Perasakan dengan garam. Kacau rata sehingga semuanya masak sebati. Setelah masak ketepikan.

4. Toskan beras yang direndam tadi. Gaulkan dengan bahan No 3 yang telah siap digoreng tadi. Kemudian masukkan ke dalam rice cooker yang telah dilenser dengan minyak. Susun ayam di atas dan masukkan air rebusan ayam.

5. Masak menggunakan rice cooker dan kemudian boleh dihidang.

Kalau ikut orang arab, makan nasi ouzi ni dengan yogurt dan salad. Ok happy cooking :)




ORANGE MARBLE CAKE YANG GEBUSSSS...

 Photo: Mood : baking...  orange marble cake.

Salam uolllsss... nak masak apa pulak berbuka puasa hari ni? Honey tengah survey resepi-resepi yang sesuai  untuk berbuka. Minggu lepas, mak cik honey datang dari Sungai Petani. Dia nak daftarkan anak dia masuk kolej yang dekat dgn rumah honey.... jadi sempena diorang nak datang tu honey buatkan la Orange Marble Cake hasil resepi Mat Gebu. Linknya boleh ambil kat sini...

Memandangkan ramai yang nak datang, Honey buat la 2 biji, projek bermula di tengah-tenga malam masa bebudak tu semua dah tidor.Masa tu En hubby lak keluar jumpa kawan. Siap je baking terus masuk tido... Nak dijadikan cerita bila bangun pagi tengok2 kek tinggal sebiji.... heran betul mana hilang lagi 1. Rupa-rupanya masa en hubby balik, dah terhidu keharuman buah oren dari kek ni... Dia try sikit, sikit tengok2 habis sebiji.... cesss anyway resepi ni memang sedap, diakui sendiri oleh en hubby. Jadi tinggal la sebijik je untuk para tetamu...

Rasa tak puas makan, hari sabtu baru ni honey baking lagi sekali... kali ni boleh la makan puas-puas. Masa  honey buat, suhu 200C, terlupa nak setkan pasal tu jadi membukit skt kat tengah2. Takpela... mulut ku jugak yang nak menelannya. hehehhehe. OK la kalau uolsss rajin try la buat. Resepinya ada kat bawah yer....



BAHAN - BAHANNYA :

130 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, dll)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour), diayak
2 biji telur gred A, asingkang kuning dan putihnya
3/4 cawan gula kastor, asingkan 1 camca besar
1 biji oren, parut kulitnya (bahagian kuning) dan perah jusnya
1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA : 

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 9inci x 4inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

2. Putar putih telur dengan 1 camca besar gula kastor yang diasingkan hingga kental. Ketepikan. Dalam mangkuk yang sama, putar mentega dan baki gula kastor hingga gula putih. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.

3. Perlahankan kelajuan, masukkan jus oren berselang seli dengan tepung hingga habis. Putar rata. Masukkan putih telur yang diputar kental tadi dan gaul dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.

4. Asingkan 4 camca besar bancuhan dan campurkan dengan coklat emulco, kacau rata. Tuang adunan kosong ke dalam tin, ratakan, kemudian sudu2kan adunan coklat atasnya. Gunakan chopstik, lorek 4 - 5 kali agar menajadi corak marble.

5. Bakar 45 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan sepenuhnya. Boleh potong dan hidangkan.



Sunday, July 14, 2013

MEE UDANG.... PENANG MALI


Assalaamualaikum.... tak sangka cepat betul, hari ni dah hari ke-enam kita berpuasa. Tahun ni pertama kali berpuasa di KL. Seronok sebenarnya dok kat sini, yang tak tahannya 'traffic jam'.... ya ampuuuunnnnn.... sabor je la.Ish.. melalut dah ceritanya. Ok la... sebenarnya untuk buka puasa semalam honey masak mee udang. Ini memang my favourite dish... tambah-tambah kat penang memang terkenal mee udang especially mee udang sungai dua. Harga pun boleh tahan yer.... Untuk buat mee udang ingredient penting ialah kulit dan kepala udang. Honey kalau masak udang sambal ke, atau apa2 menu udang, kepala dan kulit wajib simpan. Kepala dan kulit udang ni, direbus, dimesin dan ditapis menghasilkan stok udang yang memang bessssttttt.. 

Ok la... ini resepinya... resepi asal tak ingat dah amik kat mana ataupun belajar kat sapa. Sekarang ni honey   buat ja ikut suka hati asalkan sedap... ok layannnnnn

BAHAN-BAHANNYA

1 kilo mee kuning (dicelur)
1 kilo udang saiz XL
1.5 liter stok udang
1 biji ubi keledek (direbus dan dimesin dengan air rebusan ubi)
1 cawan sos tomato
Sayur sawi (dicelur)
taugeh (dicelur)
tomato (hiris nipis)
daun bawang (hiris nipis)
cili merah (hiris nipis)
bawang goreng
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili kering yang dikisar*
1 inci kunyit *



CARA MEMBUAT KUAH :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato dan biarkan seketika sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, garam dan gula sehingga udang masak.
4. Masukkan stok udang dan ubi keledek yang dimesin.
5. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.

CARA MENGHIDANG :

1. Masukkan mee kuning, sawi, taugeh, tomoto hiris, daun bawang, cili merah dan bawang goreng.
2. Cedok udang dan hiaskan di atas.
3. Masukkan kuah dan siap untuk dimakan.

Ubi keledek tu akan memekatkan kuah, jadi kalau rasa kuah cair, tambah ubi keledek kisar. Selamat mencuba.... :)


Thursday, July 11, 2013

Dunia ini kejam !!!!

Meleleh-leleh air mata tengok video kekejaman di syria. Hari tu tengok video perempuan syria yang ditutup kepala dan diikat tangan dan kaki dipukul beramai-ramai oleh puak-puak kejam askar asaad. 

Kemudian, semalam tengok satu lagi video perempuan syria yang telah dirogol dan dicampak setengah bogel di tengah-tengah kawasan pertempuran. Siapa saja yang cuba selamatkannya akan ditembak bertalu-talu oleh askar asaad sehingga shahid. Perempuan tu syahid lepas 10 jam dibiarkan kat situ.

Hari ni, satu lagi video yang amat ngeri..... kanak-kanak syria disiksa dengan amat kejam. Apa lah dosa anak-anak kecil tu.... diorang bukannya tau apa-apa lagi. Tapi dah kena pikul beban penyiksaan yang teeramat sangat... betul2 takde otak puak2 tu

Sapa yang brani... leh tgk kat sini....

Me?????/ tengok beberapa saat ja dah x sanggup. dah berjurai-jurai air mata.... 

YA ALLAH.... KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI SYRIA

Salam Ramadhan

Ish ish x sangka cepat betul masa berlalu....
dah masuk bulan Ramadhan. sebenarnya ramadhan kali ni aku rasa lain macam skt..... dah makin tua kot rasa cam insaf lebih jerr.... huhuhuhu....

pape pun... nak wish semua rakan2 blogger salam ramadhan