Bapa Jang Ok Jung (JOJ) adalah seorang penterjemah yang hidup dalam pelarian sebab berkahwin dengan ibunya iaitu seorang hamba kepada seorang isteri bangsawan. Dari kecil dia hidup dalam pelarian disebabkan dia adalah anak seorang hamba tapi bapanya dah berjaya kumpul duit untuk tebus JOJ dan abangnya daripada terus jadi hamba. Malangnya bapa JOJ meninggal masa dia masih kecil sebab protect JOJ dan abangnya dan JOJ tinggal dengan isteri kawan baik bapanya yang mengajar menjahit. Dengan wanita tu dia belajar menjahit sehingga membesar menjadi tukang jahit yang terkenal malangnya disebabkan dia adalah anak hamba dia selalu dihina dan ditindas.
JOJ ada seorang bapa saudara, seorang penterjemah dan peniaga yang kaya. Dia berdendam dengan raja sebab raja menyebabkan anaknya bunuh diri. Jadi bapa saudara JOJ berhasrat mempergunakan JOJ agar dia dapat menjadi bapa mertua raja suatu hari nanti.
JOJ terserempak dengan Putera Mahkota iaitu Lee Soon beberapa kali tapi pada masa tu dia tak tahu pun Lee Soon tu adalah anak raja. Pertama kali jumpa masa diorang masih kecil tapi lost contact bila Lee Soon tak datang utk temujanji diorang. Kemudian terjumpa semula masa dah besar... Lee Soon rasa cam familiar sgt muka JOJ tu tapi x ingat jumpa kat mana. Lepas pada tu diorang asyik terjumpa ja... tapi Lee Soon still x bgtau yg dia putera mahkota.. dia cuma kata dia pengawal kepada raja dan JOJ lak cam takde perasaan lagi kat Lee Soon sebab dia terlalu protect diri dia takut dianiaya.
Satu hari Lee Soon kena serang hendap masa pergi berburu dan cedera parah. JOJ yang dalam perjalanan nak bawa mak dia bersembunyi terjumpa Lee Soon dan bawak Lee Soon ke tempat persembunyian dia dgn mak dia. JOJ cadang nak bawak mak dia lari ke China sbb x tahan tgk mak dia kena dera sbg hamba... JOJ jaga Lee Soon beberapa hari dan jahitkan satu baju untuk Lee Soon. Sehari sebelum dia lari ke china, dia ternampak ramai pengawal tgh cari Lee Soon jadi dia pergi beritahu Lee Soon dan minta Lee Soon lari. Lee Soon ajak JOJ ikut dia.... masa tu nampak JOJ dah jatuh hati ngan Lee Soon dan Lee Soon pun mmg dah tangkap cintan dengan JOJ. Tapi JOJ tolak sbb nak bawa mak dia lari... tapi JOJ tanya.. kalau dia tak jadi pergi China mana dia blh cari Lee Soon. Lee Soon kata pergi istana dan cakap nama dia... pasti orang sana kenal. Lepas Lee Soon lari... JOJ dgn mak dia kena tangkap dengan orang2 suruhan bapa saudara dan bos mak dia... Akhirnya dia setuju untuk jadi orang gaji di istana dengan harapan dapat jumpa Lee Soon.
JOJ sangat cantik.... sampaikan bapa saudara yg rapat Lee Soon iaitu Putera Dongpyung dan anak makcik yg ajar dia menjahit bernama Chi Soo pun cintakan dia. Masa di istana, JOJ bertugas di bahagian pakaian dan masa dia mengemas pakaian raja, dia terjumpa baju yang dia jahitkan untuk Lee Soon. Dia rasa hairan camana leh ada kat situ tapi masih tak tahu Lee Soon masa tu dah jadi raja Sukyong. Pada ketika tu Lee Soon dah dikahwinkan dengan anak seorang menteri atas faktor politik. Walaupun dah kahwin, Lee Soon selalu teringatkan JOJ dan selalu pakai baju yang JOJ buatkan untuk dia. Nenek Lee Soon perkenalkan JOJ pada Lee Soon untuk dijadikan gundik. Tapi pada masa tu Lee Soon ingat semua kebetulan yang menemukan diorang adalah rancangan semata2 dan menjadikan dia sangat marah sedangkan pada masa tu JOJ pun terkejut besar sebab x sangka Lee Soon yang dia cari adalah raja.
Lepas pada tu JOJ menjauhkan diri daripada raja... walaupun beberapa kali terjumpa dia akan melarikan diri sampai raja dah tak dapat tahan perasaan dia dan pergi sendiri jumpa JOJ. JOJ katakan pada raja, tak mungkin dia dapat bersama2 dengan raja sebab taraf diorang sangat berbeza. Raja tu bagaikan langit yang tak mungkin dia capai..... Tapi raja tu kata langit akan jatuh ke riba JOJ (fuhhhh romantis sgt masa nih hihihi)
Semua aksi romantik dimana raja janji takkan melepaskan tangan JOJ walau apapun terjadi, sama-sama melihat bulan dan raja buatkan rumah khas untuk JOJ beserta taman yang cantik.... semuanya sangat indah dan tak boleh dilupakan dalam siri ni. Walaupun mendapat tentangan ibu permaisuri dan semua menteri, raja melantik JOJ menjadi Gundik Diraja dengan taraf paling tinggi.
Kehidupan JOJ sebagai Gundik kesayangan raja menghadapi pelbagai keperitan. Namun dia tetap mempertahankan cintanya terhadap raja. Dia dipaksa minum racun untuk memandulkannya, difitnah sebagai penghasut raja dalam semua keputusan raja, dianiaya sehingga jatuh dari kuda dan keguguran anak pertamaya, menghina ibunya didepan isteri para menteri dan banyak lagi menyebabkan dia bangkit untuk mempertahankan kedudukannya di istana, disamping Lee Soon. Akhirnya dia selamat melahirkan seorang putera untuk Lee Soon yang akan menjadi putera mahkota dan pewaris takhta. Namun mendapat tentangan hebat dari semua menteri.
Apabila raja mendapat bukti permaisuri dan para menteri ingin menggulingkannya dan membunuh JOJ serta putera mahkota, maka dia membuang semua menteri serta permaisuri keluar dari istana dan melantik JOJ menjadi permaisuri. Bekas permaisuri dan bekas menteri membuat perangkap yang mana raja mula meragui JOJ dan mempunyai gundik baru. Abang JOJ diperangkap membunuh gundik baru iaitu Choi Suk Won dan menyebabkan JOJ menawarkan diri untuk turun daripada menjadi permaisuri. Walaupun ahli sarjana mahu JOJ dibuang keluar istana, raja hanya menurunkan taraf JOJ daripada permaisuri kepada Gundik Diraja dimana JOJ tinggal di rumah asal yang dibuat oleh raja.
Atas rasa dengki, JOJ difitnah melakukan perbuatan sihir sehingga menyebabkan kematian permaisuri. Dia diperangkap oleh Gundik Choi. Dengan bukti dan pengakuan palsu, para menteri dan sarjana mahu JOJ dibunuh. Ini menghancurkan hari raja yang sangat menyintai JOJ, tapi raja tidak mempunyai pilihan lain. Maka raja mengupah Chi Soo untuk melarikan JOJ ke China walaupun dia tahu dia mungkin akan kehilangan takhtanya sebagai seorang raja. Chi Soo berjaya bawa JOJ lari tapi JOJ tahu sekiranya kehilangannya diketahui para menteri, raja dan anaknya mungkin akan dibunuh atau digulingkan. Jadi dia minta Chi Soo hantar dia ke istana untuk menjalani hukuman... Raja terkejut mendapat berita JOJ patah balik ke istana dan sedia untuk manjalani hukuman. Sampai saja raja di rumah JOJ, JOJ dah pun minum racun yang disediakan dan akhirnya mati dalam pangkuan raja....
Begitulah akhir cerita ni yang menyebabkan aku menangis macam baby... huhuhu sedih gila... dah lama aku x layan citer sampai nangis macam ni tau...
sapa yang rasa nak layan drama korea ni leh tgk kat link di bawah
kali pertama cite ni main kat 393, sy tak tgk
ReplyDeleteskrg ulangan.. baru nak tgk
best gak jalan citer
muka heroin tu sweet je
memang best.. honey mula2 tgk 1st episod kat chanel 393. pastu terus cari online heheheh... mmg sweet sangat hero ngan heroin dia...
DeleteNak tengok tapi tak tengok... sebab banyak sangat stress dan kelihatan tidak berapa gumbira kalau tengok... jadi tak berapa nak suka...
DeleteTengok citer inheritor best... hehehe....
sy pun tgh follow inheritor skrg ni.... tak sabar tgu episod 15 esok.... cpt la nak tgk Kim Tan yg cute tu heheheheh
DeleteBetul betul betul... isk kim tan...comel betul... rasa macam nak gigit jer kalau dapat...
Deletesekarang nak tengok dekat mana eyh ? dekat IQIYI dengan VIU takdakðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete