Sunday, January 25, 2015

Jalan-jalan di Bangkok : Part 1

Sedar tak sedar dah dekat setahun Honey x update blog hihihi... ni bukan kategori bersawang dah ni tapi boleh kata dah masuk kategori berhutan...

Ok la.. azam tahun ni nak update balik blog. banyak sebenarnya aktiviti tahun lepas tak update... nanti honey update pelan2 ye... for 1st entri tahun ni nak citer pasal trip ke bangkok tahun lepas. Actually honey submit paper untuk dibentangkan di satu Conference kat Bangkok. Alhamdulillah diterima.... excited sangat nak g sebab dah lama x jalan2 meluaskan pemandangan.

Plan nak g ngan en hubby... takut gak nak g sorang. dah la tak pernah sampai bangkok. Orang kata org sana x reti sangat cakap omputih ni..... So en hubby pun hantor le passport dia utk mohon visa ke Thailand. Orang Malaysia xyah visa ye.... boleh terus pergi je.

Seminggu sebelum pergi.... visa hubby x approve.. uwaaa... tensennya. terpaksa la pergi sorang. Bilik dan tiket sume dah book. Pergi 5 hari 4 malam.... huhuhu sedih sangat. tapi nak wat camana.... perjuangan perlu diteruskan.

Honey naik flight kul 6.30 ptg. tapi flight delay pulak.... sampai kat sana dalam kul 11 malam waktu Thailand. Takut betul masa sorang2 kat airport Bangkok. Turun je dari kapal terbang tak tau nak g mana.... tetiba ternampak sorang mamat tu pegang pasport malaysia.. terus g tanya dia. Nasib baik dia tolong bg tunjuk ajar... isi borang pastu bagi je pasport kat imigresen Thailand.... alhamdulillah dah selamat satu bab.

Bab no 2 pulak... nak cari teksi kat mana? Selamat ka malam2 ni? sambil jalan sambil pikir apa nak buat. tiba2 ada sorang kak tegur. dia orang malaysia gak. dia tahu cakap siam x? hmmm mmg x reti la kan... dia kata dia selalu g bangkok ambil barang berniaga. so dia bawak g tempat tunggu teksi... nasib baik betul jumpa dia. Naik teksi, aku tunjuk alamat hotel. Member aku pesan soh print alamat yg ada tulisan diorang. Sebab bahasa diorang kan lain skt. At last dekat kul 12 baru aku sampai hotel. Lega sangat2 sebab selamat sampai bilik.. dan bilik tu pun very the gorgeous hehehehe...

 Ni kawasan kitchen... ada peti ais 2 pintu, microwave, sinki dan semua peralatan dapur untuk masak dan makan dalam kitchen cabinet tu.


 Toilet dia pun besar dan spacious.... antara bilik ngan toilet ni ada cermin besar. kalo segan kat roommate leh tutup cermin tu dgn langsir ye heheheh....
Almari build in pun besar. sebelah tu balkoni. memang bagi 5 bintang kat hotel ni. Nama dia "iCheck Inn Residences Sathorn". Harga cuma RM100 je booking through agoda.  So malam tu aku tidur dengan selesa dan aman damai. Dah lama tak tidor without anak kecik kat sebelah...

So esoknya bermula lah adventure aku sengsorang cari hotel tempat conference..... jeng jeng jeng.. nanti kita sambung ye