Wednesday, August 14, 2013

Petua hilangkan darah tinggi



Nak dijadikan citer..... hari ni tergeraklah hati nak gi check darah. Rasa pening-pening dah dekat seminggu sejak drive balik kampung raya ari tu. Tambah lak masa bulan puasa hari tu, masa gi LPPKN diorang kata bp honey tinggi... lepas sebulan soh datang check lagi sekali.

Masa balik raya baru-baru ni.... ada la honey sembang2 ngan uncle kesayangan (masa ni la nak manja-manja kan ewaahhh hehehhehe) . So citer la kat dia pasal check darah kat LPPKN ari tu... dia kata "jgn dok wat ralit. pi check cepat2. bahaya tau dak darah tinggi ni. satg tak pepasai hang kena strok, anak hang kemana, laki hang kemana...." wah begitu sadis dan menggerunkan.

Jadi digagahkan jugak la pi beratoq kat klinik kesihatan.... lepas check darah 143/97.... alamak. dok tinggi lg la.. Dr kata esok kena pi check darah. Lepas 2 minggu test BP lagi sekali... uwaaaaaaaaaaaaa sedihnya hati ini. Muda-muda lagi dah kena darah tinggi ni.... (perasan muda lagi kerrr????) So malam2 cenggini, gagahkan diri untuk blog walking dan cari apa2 petua tradisi untuk darah tinggi....

Ini antara yang honey dapat :

1. dari blog labuchee (http://aziella.blogspot.com)... honey copy paste je la yer


1. Epal Hijau - 4 biji
2. Carrot - 2 biji
3.Belimbing - 3 biji

BAsuh bersih2 semua buahbuahan tu. Potong kecik2 dan BLENDER. Jangan letak GULA okeh?! Tak payah letak gula.. Lepas Blender TAPIS. pastu letakkan la dalam botol, kalau banyak wat simpanan pun takpe... Letak dalam petiais.. Sejuk2 lagi sedap minum..


2. dari blog nisa (nisa-akunakkurus.blogspot.com)

Katanya minum air kelapa tiap-tiap hari selama seminggu berturut2. Insyaallah hilang....

So.... honey nak try dulu petua ni... nanti kita tengok resultnya camana next 2 weeks ya

1 comment:

  1. Salam,


    Bley saya tahu apa result selepas amalkan minum air kelapa selama seminggu berturut2?... jika petua ni betul2 berjaya, saya nak bagi kat mak saya.... harap boleh berkongsi pengalaman anda...terima kasih... :D

    ReplyDelete