Tuesday, November 26, 2013

Jalan2 ke Tasik Putrajaya

Dah lebih setahun pindah ke Bangi tapi first time bawak budak2 ni jalan2 kat tasik putrajaya... Tempat ni memang best dan cantik. Sebelum kitorang tgk matahari terbenam kat sini kitorang layan main bubble dulu kat dataran..... Best sangat sampai terlupa nak snap gambar hahahaha..... Takde idea nak celoteh hari ni jadi layan gambar je la ye














Wednesday, November 20, 2013

Jang Ok Jung... Live In Love

Lepas habis proposal defend... aku layan marathon drama korea ni... Jang Ok Jung.. Two thumbs up... memang best giler... Sebenarnya Jang Ok Jung ni adalah kisah benar gundik raja korea zaman 1670-an dulu... Tapi drama ni memang sangat menarik sebab diceritakan dalam mood romantis dan pemandangan yang sangat cantik.



Bapa Jang Ok Jung (JOJ) adalah seorang penterjemah yang hidup dalam pelarian sebab berkahwin dengan ibunya iaitu seorang hamba kepada seorang isteri bangsawan. Dari kecil dia hidup dalam pelarian disebabkan dia adalah anak seorang hamba tapi bapanya dah berjaya kumpul duit untuk tebus JOJ dan abangnya daripada terus jadi hamba. Malangnya bapa JOJ meninggal masa dia masih kecil sebab protect JOJ dan abangnya dan JOJ tinggal dengan isteri kawan baik bapanya yang mengajar menjahit. Dengan wanita tu dia belajar menjahit sehingga membesar menjadi tukang jahit yang terkenal malangnya disebabkan dia adalah anak hamba dia selalu dihina dan ditindas.



JOJ ada seorang bapa saudara, seorang penterjemah dan peniaga yang kaya. Dia berdendam dengan raja sebab raja menyebabkan anaknya bunuh diri. Jadi bapa saudara JOJ berhasrat mempergunakan JOJ agar dia dapat menjadi bapa mertua raja suatu hari nanti.

JOJ terserempak dengan Putera Mahkota iaitu Lee Soon beberapa kali tapi pada masa tu  dia tak tahu pun Lee Soon tu adalah anak raja. Pertama kali jumpa masa diorang masih kecil tapi lost contact bila Lee Soon tak datang utk temujanji diorang. Kemudian terjumpa semula masa dah besar... Lee Soon rasa cam familiar sgt muka JOJ tu tapi x ingat jumpa kat mana. Lepas pada tu diorang asyik terjumpa ja... tapi Lee Soon still x bgtau yg dia putera mahkota.. dia cuma kata dia pengawal kepada raja dan JOJ lak cam takde perasaan lagi kat Lee Soon sebab dia terlalu protect diri dia takut dianiaya.

Satu hari Lee Soon kena serang hendap masa pergi berburu dan cedera parah. JOJ yang dalam perjalanan nak bawa mak dia bersembunyi terjumpa Lee Soon dan bawak Lee Soon ke tempat persembunyian dia dgn mak dia. JOJ cadang nak bawak mak dia lari ke China sbb x tahan tgk mak dia kena dera sbg hamba... JOJ jaga Lee Soon beberapa hari dan jahitkan satu baju untuk Lee Soon. Sehari sebelum dia lari ke china, dia ternampak ramai pengawal tgh cari Lee Soon jadi dia pergi beritahu Lee Soon dan minta Lee Soon lari. Lee Soon ajak JOJ ikut dia.... masa tu nampak JOJ dah jatuh hati ngan Lee Soon dan Lee Soon pun mmg dah tangkap cintan dengan JOJ. Tapi JOJ tolak sbb nak bawa mak dia lari... tapi JOJ tanya.. kalau dia tak jadi pergi China mana dia blh cari Lee Soon. Lee Soon kata pergi istana dan cakap nama dia... pasti orang sana kenal. Lepas Lee Soon lari... JOJ dgn mak dia kena tangkap dengan orang2 suruhan bapa saudara dan bos mak dia... Akhirnya dia setuju untuk jadi orang gaji di istana dengan harapan dapat jumpa Lee Soon.

JOJ sangat cantik.... sampaikan bapa saudara yg rapat Lee Soon iaitu Putera Dongpyung dan anak makcik yg ajar dia menjahit bernama Chi Soo pun cintakan dia. Masa di istana, JOJ bertugas di bahagian pakaian dan masa dia mengemas pakaian raja, dia terjumpa baju yang dia jahitkan untuk Lee Soon. Dia rasa hairan camana leh ada kat situ tapi masih tak tahu Lee Soon masa tu dah jadi raja Sukyong. Pada ketika tu Lee Soon dah dikahwinkan dengan anak seorang menteri atas faktor politik. Walaupun dah kahwin, Lee Soon selalu teringatkan JOJ dan selalu pakai baju yang JOJ buatkan untuk dia. Nenek Lee Soon perkenalkan JOJ pada Lee Soon untuk dijadikan gundik. Tapi pada masa tu Lee Soon ingat semua kebetulan yang menemukan diorang adalah rancangan semata2 dan menjadikan dia sangat marah sedangkan pada masa tu JOJ pun terkejut besar sebab x sangka Lee Soon yang dia cari adalah raja.

Lepas pada tu JOJ menjauhkan diri daripada raja... walaupun beberapa kali terjumpa dia akan melarikan diri sampai raja dah tak dapat tahan perasaan dia dan pergi sendiri jumpa JOJ. JOJ katakan pada raja, tak mungkin dia dapat bersama2 dengan raja sebab taraf diorang sangat berbeza. Raja tu bagaikan langit yang tak mungkin dia capai..... Tapi raja tu kata langit akan jatuh ke riba JOJ (fuhhhh romantis sgt masa nih hihihi)

Jang_Ok-Jung-Living_By_Love-0041

Semua aksi romantik dimana raja janji takkan melepaskan tangan JOJ walau apapun terjadi, sama-sama melihat bulan dan raja buatkan rumah khas untuk JOJ beserta taman yang cantik.... semuanya sangat indah dan tak boleh dilupakan dalam siri ni. Walaupun mendapat tentangan ibu permaisuri dan semua menteri, raja melantik JOJ menjadi Gundik Diraja dengan taraf paling tinggi.

Jang Ok Jung Live in Love

 Kehidupan JOJ sebagai Gundik kesayangan raja menghadapi pelbagai keperitan. Namun dia tetap mempertahankan cintanya terhadap raja. Dia dipaksa minum racun untuk memandulkannya, difitnah sebagai penghasut raja dalam semua keputusan raja, dianiaya sehingga jatuh dari kuda dan keguguran anak pertamaya, menghina ibunya didepan isteri para menteri dan banyak lagi menyebabkan dia bangkit untuk mempertahankan kedudukannya di istana, disamping Lee Soon. Akhirnya dia selamat melahirkan seorang putera untuk Lee Soon yang akan menjadi putera mahkota dan pewaris takhta. Namun mendapat tentangan hebat dari semua menteri.

image_readtop_2013_374876_1368538484918353

Apabila raja mendapat bukti permaisuri dan para menteri ingin menggulingkannya dan membunuh JOJ serta putera mahkota, maka dia membuang semua menteri serta permaisuri keluar dari istana dan melantik JOJ menjadi permaisuri. Bekas permaisuri dan bekas menteri membuat perangkap yang mana raja mula meragui JOJ dan mempunyai gundik baru. Abang JOJ diperangkap membunuh gundik baru iaitu Choi Suk Won dan menyebabkan JOJ menawarkan diri untuk turun daripada menjadi permaisuri. Walaupun ahli sarjana mahu JOJ dibuang keluar istana, raja hanya menurunkan taraf JOJ daripada permaisuri kepada Gundik Diraja dimana JOJ tinggal di rumah asal yang dibuat oleh raja.
Jang_Ok-Jung-Living_By_Love-0022

Atas rasa dengki, JOJ difitnah melakukan  perbuatan sihir sehingga menyebabkan kematian permaisuri. Dia diperangkap oleh Gundik Choi. Dengan bukti dan pengakuan palsu, para menteri dan sarjana mahu JOJ dibunuh. Ini menghancurkan hari raja yang sangat menyintai JOJ, tapi raja tidak mempunyai pilihan lain. Maka raja mengupah Chi Soo untuk melarikan JOJ ke China walaupun dia tahu dia mungkin akan kehilangan takhtanya sebagai seorang raja. Chi Soo berjaya bawa JOJ lari tapi JOJ tahu sekiranya kehilangannya diketahui para menteri, raja dan anaknya mungkin akan dibunuh atau digulingkan. Jadi dia minta Chi Soo hantar dia ke istana untuk menjalani hukuman... Raja terkejut mendapat berita JOJ patah balik ke istana dan sedia untuk manjalani hukuman. Sampai saja raja di rumah JOJ, JOJ dah pun minum racun yang disediakan dan akhirnya mati dalam pangkuan raja....


Begitulah akhir cerita ni yang menyebabkan aku menangis macam baby... huhuhu sedih gila... dah lama aku x layan citer sampai nangis macam ni tau...
sapa yang rasa nak layan drama korea ni leh tgk kat link di bawah

Monday, November 18, 2013

Hows your LIFE without HANDPHONE ?

Arrrgghhhhhh handfon aku rosak la lagi.. Bukan hari ni okehhhh dah masuk hari ke 7 dah ni... huhuhuhu yang sedihnya masih tak sempat nak hantar gi kedai untuk repair.

Hari selasa lepas hamoudeh terjatuh masa kat sekolah kakak. masa tu dia main lari pusing2 kat depan aku cam biasa..... mana reti dok diam budak tuh.. tetiba ja terjatuh dan kepala dia terhantuk kat kerusi sekolah yang dibuat daripada simen. Masa aku angkat ja dia tetiba tengok darah mencurah2 keluar dari kepala dia sampai penuh muka...... cuak gila aku... tak tau nak wat apa.. tetiba ja keliling aku dah ramai orang. SI hamoudeh melalak sampai satu sekolah dengar... pastu cepat2 aku bawak dia g kat kereta... start dan terus gi klinik. sampai kat sana nurse cucikan dulu luka dia dan masa tu baru la aku nampak lubang yang sangat dalam bahagian tengah antara mata... ya allah... nasib baik la tak jadi apa2 kat mata.. so jumpa dr then dia suggest pergi hospital sebab nak jahit budak2 dia x blh buat. Kat hospital.... dr kata kena jahit dan mulalah proses membalut hamoudeh dgn selimut.... sebab nak elak dia daripada meronta2 masa kena jahit. Suara dia satu hospital dengar... nasib baik masa tu mr hubby dah sampai. at least tak la aku gelabah sorang2. Dr suntik ubat bius dulu lepas tu baru dia jahit.... kena la 2 jarum.... eiiii x sanggup aku tgk keadaan dr menjahit luka tu... agaknya pasal tu la aku x layak jadi doktor hihihihi... luka sikit dah gelabah....

Masa nak rakam saat2 cemas tu tetiba aku perasa handfon aku xleh on... mayb habih bateri... xde la rezeki aku merakamkan saat meraung si hamoudeh tu kena jahit. Balik rumah aku charge.... sampai ke esokkan paginya still xleh on lagi... alamak leceh btl xde handfon nih....Aku nak hantar g repair en hubby soh tunggu dia.... dia kata nanti aku kena tipu lak dengan cina kedai handfon tuh.... 2-3 hari xdak handfon mmg menyeksakan... last2 aku selongkar laci jumpa telefon nokia 3310 hmmm.. jadi lah buat aku call en hubby. maka terputuslah hidup aku sementara dengan watssap, viper dan LINE... huhuhuu.. sbb xde hp aku terlepas bengkel yg SV aku buat last week... sedihnya...

sungguh tak sangka bila x ada handphone rasa macam disconnected with this world... punyalah besarnya kesan handphone ni... zaman 90-an dulu xde handphone ok jek..... apasal skrg nih jadi macam ni haa.... korang pun camtu jugak ker???


Sunday, November 17, 2013

MY PROPOSAL DEFEND


Lama betul tak update blog.... seminggu sebelum proposal defend mmg habiskan masa2 di lab dengan buat presentation slide. tak ada apa yang menarik pun.... Lepas selesai defend.. aku take break a few days dengan settlekan macam2 hal : renew IC yg hilang, gi LPPKN (after strong advice and warning drpd my SV huhuhu... Anyway... aku still nak share my unforgettable experience on proposal defend. salau satu moment yang takkan dilupakan sepanjang hayat.....

Pagi2 aku siap2 rileks jer... xnak kelam kabut sbb nak stay dalam mood rileks.. hahaha kononnya la.... kawan2 aku dah sms tanya apasal x dtg lagi padahal baru kul 9 pg. aku defend kul 11.30... ingatkan aku sorang jer nervous rupanya semua geng2 lab aku nervous gak eeiii... touching nyer...

sampai jer kat fakulti aku letak barang2 kat lab, pastu ngan langkah kontrol ayu (berbaju kurung yer... dah lama x pakai baju kurung g fakulti) aku g ke bilik pembentangan... Ada 3 bilik pembentangan jalan serentak, aku kena present bilik 3 tapi aku masuk bilik 2 dulu tgk kawan se'lab' present. Presentation dia mmg class.... aku tgk sikit jer sbb nak masuk lab 3 tgk presenter sblm aku present. so aku expect dia akan lulus dengan cemerlangnya.. heheheh

Masuk jer dalam bilik 3 nampak penilai2 tgh makan dengan happynya.... aku makin nervous sampai senyum pun rasa pahit jer.. Tiba2 nampak satu kelibat yang amat dikenali.... MR HUBBY.... waaa surprisenya en hubby datang nak tgk aku defend huahuahuaa...... terus rasa semangat dan senyum sampai ke telinga heheheheh..... Malu2 kucing aku bila kengkawan dok puji mr hubby yg sanggup datang utk bagi semangat heheheh..

My phd mate mula present at 10.30am.... Pucat lesi muka aku tgk dia kena soalan bertubi2 sampai rasa cam nak pengsan pun ada.... Dia kena ambush dari semua aspek, pernyataan masalah yg outdated, objektif dan research question tak clear, then tak dapat nak justify elemen yang dia masukkan dlm framework... Masa tu rasanya aku cam dah takleh nk bernafas.... sebab sorang penilai dia akan sama dengan aku an he is VERY MEAN urrgggg...

Lepas dia, aku lak yg ke depan utk present.... fuh mmg menggeletar beb. One thing yang aku rasa sangat lega ialah aku dah printout my slide untuk penilai dan pengerusi.... so kalau diorang x nampak my slide sbb silau or anything diorang ada backup. Aku cuba buat slide tu as interactive as it could be (thanx to kak zu for her advice about it) dan aku cuba elakkan penggunaan ayat yang panjang dalam slide. Everything should be as simple as it can so that people not confuse....

Antara soalan yang diorang tanya ialah mengenai terma yang digunakan, pernyataan masalah, kaedah nak validate framework.... finally aku pun lulus dengan minor correction... ALHAMDULILLAH... So kat sini aku nak share sikit tips from SV and collegue masa prepare proposal

Tips persediaan untuk Proposal Defend
1. Tak perlu dokumenkan semua perkara dalam proposal ke dalam slide.... penilai dah baca proposal jadi cuma fokuskan kepada isi penting sahaja iaitu
a. Definisi terma
b. Simptom / Isu
c. Pernyataan masalah
d. objektif -> persoalan kajian -> instrumen
e. skop kajian
f. sumbangan kajian
g. pembangunan model / framework
h. justifikasi model digunakan dan lompang yang diisi
i. kaedah penyelidikan
j. perancangan masa penyelidikan
2. Define semua term yang digunakan dengan jelas beserta rujukan. Definisi ni penting agar kita tidak lari daripada apa yang dikaji dan tahu tentang boundary kajian.
3. Terangkan isu2 yang akan membawa kepada pernyataan masalah beserta rujukan
4. Pernyataan masalah perlu menunjukkan satu saja masalah yang perlu diselesaikan
5. Objektif perlu menunjukkan solusi kepada masalah
6. Skop kajian perlu mempunyai justifikasi pemilihan
7. Yakin dengan apa yang dipresent....

OK... good luck to all yang akan menempuhi proposal defend... 

Sunday, November 3, 2013

CHICKEN CHOP BLACK PEPPER MELELEH!!!


Selamat berhari Isnin uolssss.... camana weekend kali ni? Mesti pakat berjalan bawak family kan... maklumla cuti panjang utk Deepavali. Honey berdeepavali kat lab jer la.... huhuhu... bahang proposal defend makin terasa, tinggal lagi 3 hari jerrr (gggrrrrrrr.... ketaq dah nih). Walaupun bz kat lab, balik jer rumah terus bersilat kat dapur utk melepaskan tension hehehe... Menu yang terkeluar hujung minggu ni ialah Chicken Chop Black Pepper meleleh... Honey guna sos black pepper pre-mix yg order dari member di kedah.... Memang senang dan sedap heheheh... 2 minit jer...cuma tambah air dan panaskan.. tengggg siap lah sosnya. Memang sesuai utk buzy mom dan hasilnya amat marvelossss....  Check out resepi okeh.... Bagi yang nak cuba sos ni leh order dengan Salina (www.facebook.com/salina.ayob). Tapi bagi yg rajin nak wat sos sendiri.... honey buh gak resepi favourite black pepper sauce

CHICKEN CHOP BLACK PEPPER

Penyediaan Ayam

Bahan2nya :
4 ketul ayam (Dada atau peha) dibuang tulang
tepung gandung
1 biji telur
bread crump (serbuk roti)
sedikit garam dan seasoning
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :
1. Bersihkan ayam dan gaul dengan sedikit garam dan seasoning. Masukkan dalam plastik dan perap dalam peti ais selama 1 jam
2. Panaskan minyak
3. Pukul telur dalam mangkuk....  pkl sikit2 jer xyah nak beriya sangat yer. 
4. Keluarkan ayam tadi.... terbalikkan dalam tepung gandum sehingga rata
5. Celupkan pula dalam telur yang dah dipukul
6. Terbalikkan pula dalam serbuk roti
7. Goreng dengan api sederhana sehingga masak. 

Haa.... senangkan. Kalau blh api tu jgn kuat sangat... sebab serbuk roti tu cepat hitam. 


Penyediaan Sos (ambil dari page rosaliza )
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih) - Rosaliza guna air rebusan saderi + bawang besar + tulang ayam
2 sb mentega


Cara-Cara:
1.Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2.Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3.Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4.Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
5.Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
6.Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

Untuk menghidang, Honey goreng fries pastu buat salad sikit...apa yg ada dalam peti jer.. kebetulan ada daun salad, tomato, kobis dan carot.. so potong2 jer dan letak sos thousand island... perrggg memang meletopss 

Okehhh... nak sambung wat presentation slide. See uolsss next entri okehhh caucincauuuuuu