Tuesday, October 1, 2013

Kalo tensen buat apa????

Tensen betul rasanya seminggu dua nih.... Dah la dekat 2 minggu anak2 asyik sakit. Pastu last week BP honey lak naik sampai 159/96... nah.... amek kau!!!

Proposal tak siap2 lagi. Minggu lepas 4 hari tak dtg lab, masuk hari isnin dah beku kepala otak. Nak tulis apa benda pun tak tau... kul 10.30 pg mr hubby call mintak tlg amik dia kat stesen komuter. Tersalah appointment camana tah, terpaksa la keluar gak layan dia.... (kalo dia soh pompuan lain amik lg tensen aku kan... hehehe). Lepas amik, dia nak g bank, pastu g post office, pastu g sana g sini.... tensennya... dah la kerja aku tengah banyak... takpe la... bawak2 sabar. layan je la kerenah dia....

Sekali masa kat bank, borang dia kena reject... eiii cerewet pulak kerani tu. Dah la kami tunggu giliran punya lama.... Muka hubby pun dah jadi ala-ala san goku masa dia tgh ada power. Dalam kereta... tak habis2 dok bebel pasal benda tu. Huhhh hilang mood nak study aku. Sampai kat lab pun rasa cam takde mood je... habis satu hari. satu perkataan pun x keluar dari kepala aku.

So hari ni aku keluar sorang2 utk release tension hahahha.... padan muka aku. nak tunggu mr hubby entah bila dia nak free x tau la... asyik bz je... huhuhuhuhu

Aku naik ktm komuter... lama gila aku x naik train g KL. hehehe rasa seronok plak. Pastu sampai kat KL central tukar naik monorail lak. Waaa..... relax tul rasa leh jenjalan... Aku g Low Yat Plaza... bawak tablet anak2 aku. dua2 takleh nak charge. Rupa2nya masalah charger ja.... ok la. Nasib baik kena RM40 ja.

Lepas tu cari tempat nak isi perut... Aku g Times Square makan kat Rasa Utara. Aku ni kalo x kuar ngan hubby mmg cari masakan melayu sbb kalo ngan dia xde can la.. Asyik makan fast food je. So... aku order laksa penang ngan air asam boi.. nyum nyum....



Lepas isi perut g window shopping jap. Kedai wajib ialah kedai aksesories.... hehehehe...
Pastu aku g carik purse baru... dah buruk benor purse aku... jeng jeng jeng.. cantik x? GUCCI tau... jgn jeles hahahhh

So... sekarang ni jam dah 8.10 malam.... aku nak start balik my proposal.... caiyok caiyok :-D

Monday, September 30, 2013

Jenjalan jumpa Upin Ipin

Semalam bawak budak2 semua keluar g Bangi Gateway Shopping Complex yang baru bukak since last week. Ada Upin Ipin datang jadi melompat keriangan lah budak2 tu dlm kereta bila bgtau diorang akan jumpa Upin Ipin.... semua org excited. Sampai ja kat tempatnya tgk punya la ramai manusia.... Ya ampun,.... mak2 budak pun sama2 excited (termasukla aku)


Lepas ja joget2 ngan si Upin dan Ipin sesi bergambar.... fuhhh teruk jugak aku kena asak dengan mak-mak yg lain. semua berebut nak amik gambar kenang-kenangan. Sambil dukung si Rashd sebelah tgn aku snap gambar... cam pro je hehehh. Si mohammad lak menangis2 taknak amik gambar... Ciss... apa la punya budak. Kalau tak dia la peminat tegar Upin Ipin...





Abang ngan kakak asyik tersenyum simpul ja sebab dapat peluk2 Upin dan Ipin... heheheh sampai dah balik rumah dok senyum x habih2 lagi. Hihihihi.... Oleh sebab dua budak kecik tu asyik melalak, kejap je la kitorang kat sana. Lepas tu cari port nak isi perut lak... So kitorang serbu Burger King... hmmm my favourite. Lepas ni dekat je la nak cari Burger King heheheheh

 Gaya baba yang x berapa senonoh bila nak snap gambar hahahaha.... anyway.. Love u laling <3








Sunday, September 29, 2013

NASI LEMAK SAMBAL KERANG

Pagi ni mood rajin  Honey datang.... rasa cam nak masak nasi lemak utk anak2. Semalam my maid janji nak masak nasik lemak tapi x jadi. Mungkin x sempat kot... so pagi ni Honey tunaikanlah impian budak2 tu nak makan nasi lemak... since kerang rebus utk koew teow kerang masih berbaki lagi, Honey buat sambal kerang.... Jom tengok resepi.....


NASI LEMAK

Bahan-bahannya :
3 cawan beras
1/2 mangkuk kecil santan pekat (kara)
3 mangkuk air
2 hiris halia
3 biji lada hitam (utk elakkan kembung perut budak2)
sehelai daun pandan
3 sk garam

Cara memasak:
1. Basuh beras hingga bersih (2-3 kali)
2. Masukkan semua bahan dan kacau biar rata
3. Letak atas rice cooker

SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahannya:
1/2 kilo kerang
2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih(dikisar)
3 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
1 btg serai (dititik)
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
1. Bersihkan kerang sehingga tiada pasir
2. Rebus dengan sedikit air(1/4 dari tinggi kerang), 1 sk garam dan 1 btg serai
(kerang yang direbus mengeluarkan airnya sendiri)
3. Rebus sehingga air rebusan hampir kering dan kerang terbuka
4. Apabila sejuk, buang kulit kerang.
5. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih kisar
6.Masukkan serai dan tumis hingga naik bau
7. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak
8. Masukkan kerang dan masak hingga kerang garing
9. Masukkan air asam jawa, garam dan gula
10. Tambah air ikut kepekatan yang diperlukan. Untuk nasi lemak, tak perlu terlalu berair.
11. Apabila mendidih, bolehlah dihidang bersama nasi lemak, telur rebus dan hirisan timun....

Selamat mencuba...


Saturday, September 28, 2013

Presentation Day.... (gulp!!!)

24 September : Finally... dah sampai masa utk present progress to my SV... wargggg kecut perut wei... Meeting start kul 9 pagi. Sejam kami tunggu Prof Dato' nak sampai... kul 10 baru dia sampai. Pergi pekena nasi lemak rendang dulu rupanya...

Mula2 bincang pasal research grantt dulu.... sampai murnikan questionaire. walaupun x dak kaitan ngan aku tapi amik tau gak la, blh belajar camana nak wat questionnaire kan :). Yang dalam gambar pakai tudung ungu tu RA my SV. sebelah dia plk student phd yg saja join meeting kitorang utk dapatkan idea dengan projek phd dia.


Yang pakai baju merah menyala tu Dr ... serius je dia. Tengah2 meeting break kejap, sempat lagi Prof bukak lagu dangdut favourite dia hehehe... dan Dr bukak 2 lagu, kehilangan - Firman dan lagu apatah dari kumpulan republik. sempoi2 je sv aku nih


Yg dalam gambar kat bawah is my research collegue. kami dok sebilik kat research lab. So.. aku start present dlm kul 2 ptg... alhamdulillah, both my sv puas hati. ada skt 2 lagi nak kena betulkan sebelum defend proposal.... May Allah help me going through this journey... amin


Outing Taman Tasik Cempaka

Lama tak bawak budak2 ni g taman.... kesian diorang. Honey mmg bz sgt minggu ni sebab nak siapkan proposal nak hantar kat my SV on same week. waarrggg tension sgt sebab rasa banyak sangat benda nak kena buat. Anyway... bawak anak2 outing utk hilangkan stress... memang enjoy


 Hamoudeh dengan muka x malunya gongong botol keliling taman

 My lovely dotter.... dia la harapan nusa dan bangsa utk jaga adik2



 Sambil makan aiskrim... Adik Rashid plk 1st time explore rumput hahahah.. lawak sgt reaksi dia yg nak keluarkan rumput2 tu..



Happy Birthday Ammar....

Lambat update blog minggu ni... sbb byk sangat kejadian2 yg membuatkan Honey BZ manjang.... anyway 21/9 baru2 ni kami satu family g birthday party ammar, son for my lovely cousin asmiza suhana :) Happy Birthday Ammar... we all love u....







Saturday, September 21, 2013

My SV

Salam uolss...

buat apa hari ni? Hari ahad mestilah hari paling best kan, leh main2 ngan anak2, g shopping ka, jalan2 ka.... waaa bestnya. Tapi aku hari ni dok terperap kat lab. Hari jumaat dapat email dari my sweet SV, dia kata hari isnin ni Prof nak jumpa.. Alamak...waaa.... camna nak wat nih???? Mula la menggigil satu badan.

Untuk info uolss, my SV ada 2 orang. My 1st SV ialah Dr. Jamaiah, dia ni dulu lecturer kat UUM tapi lepas dapat offer Prof Madya dari UKM terus dia meninggalkan UUM. Dia ni sempoi je orgnya, muka nampak cam garang tapi dia x garang pun. Kalau ada apa2 masalah leh je terus bincang ngan dia. Very open minded and helpful. Aku dok lat lab ni pun byk betul benda dia sponsor kat aku, printer, fail2, kertas, cartridge, stationaries.... janji belajor je... Nak apa2 blh bgtau. Baru2 ni aku ngegada minta dia tlg claim buku2 yg aku beli heheheh dia kata ok... alhamdulillah. Mahal gak harga buku2 tu tau, satu 200 -300. Kopak duit aku. Lagi satu baru2 ni dia kata nak apply pc kat aku... baik btl la sv aku nih....

My 2nd SV ialah Prof Aziz Deraman. Dia ni pun sebenarnya sempoi gak tapi kalau dia komen... adoi mak!!! rasa cam kena penumbuk Mohd Ali tau... waaa... memang menusuk jiwa raga btl. Maklum la... dia tu Prof yang tersohor gak la kat Malaysia ni. Dulu dia Prof kat UKM ni tapi dapat offer jadi VC kat UMT. Jadi sekarang ni dia kerja kat UMT la. skrg dah x jadi VC dah... jadi penasihat VC je. Aku suka dua2 SV aku ni, rasa cam beruntung je dpt diorang yg sekepala.. heheheh... Dengan Prof ni kalau sembang2 biasa ngan dia mmg best sbb dia suka buat lawak, tapi masa present progress dia mmg serious sgt. Kadang2 dia x tgk pun kita present, dok main hp. Lepas je present... soalan pertama keluar dari mulut dia dah aku x reti nak jawab. Tu yg buat aku menggigil gugil satu badan skrg nih....

Oleh sebab nak kena jumpa dia hari isnin, maka lesap la cuti aku hujung minggu ni. Dengan gigihnya aku nak siapkan proposal nak tunjuk kat dia esok. Plus.. dia minta aku buat slide setiap kali nak jumpa dia. Mata  dah tak larat nak bukak sebenarnya... anyway uolss tlg doakan kejayaan Honey ok.... Luv uolsss