Salam uolss...
buat apa hari ni? Hari ahad mestilah hari paling best kan, leh main2 ngan anak2, g shopping ka, jalan2 ka.... waaa bestnya. Tapi aku hari ni dok terperap kat lab. Hari jumaat dapat email dari my sweet SV, dia kata hari isnin ni Prof nak jumpa.. Alamak...waaa.... camna nak wat nih???? Mula la menggigil satu badan.
Untuk info uolss, my SV ada 2 orang. My 1st SV ialah Dr. Jamaiah, dia ni dulu lecturer kat UUM tapi lepas dapat offer Prof Madya dari UKM terus dia meninggalkan UUM. Dia ni sempoi je orgnya, muka nampak cam garang tapi dia x garang pun. Kalau ada apa2 masalah leh je terus bincang ngan dia. Very open minded and helpful. Aku dok lat lab ni pun byk betul benda dia sponsor kat aku, printer, fail2, kertas, cartridge, stationaries.... janji belajor je... Nak apa2 blh bgtau. Baru2 ni aku ngegada minta dia tlg claim buku2 yg aku beli heheheh dia kata ok... alhamdulillah. Mahal gak harga buku2 tu tau, satu 200 -300. Kopak duit aku. Lagi satu baru2 ni dia kata nak apply pc kat aku... baik btl la sv aku nih....
My 2nd SV ialah Prof Aziz Deraman. Dia ni pun sebenarnya sempoi gak tapi kalau dia komen... adoi mak!!! rasa cam kena penumbuk Mohd Ali tau... waaa... memang menusuk jiwa raga btl. Maklum la... dia tu Prof yang tersohor gak la kat Malaysia ni. Dulu dia Prof kat UKM ni tapi dapat offer jadi VC kat UMT. Jadi sekarang ni dia kerja kat UMT la. skrg dah x jadi VC dah... jadi penasihat VC je. Aku suka dua2 SV aku ni, rasa cam beruntung je dpt diorang yg sekepala.. heheheh... Dengan Prof ni kalau sembang2 biasa ngan dia mmg best sbb dia suka buat lawak, tapi masa present progress dia mmg serious sgt. Kadang2 dia x tgk pun kita present, dok main hp. Lepas je present... soalan pertama keluar dari mulut dia dah aku x reti nak jawab. Tu yg buat aku menggigil gugil satu badan skrg nih....
Oleh sebab nak kena jumpa dia hari isnin, maka lesap la cuti aku hujung minggu ni. Dengan gigihnya aku nak siapkan proposal nak tunjuk kat dia esok. Plus.. dia minta aku buat slide setiap kali nak jumpa dia. Mata dah tak larat nak bukak sebenarnya... anyway uolss tlg doakan kejayaan Honey ok.... Luv uolsss
No comments:
Post a Comment