Tuesday, September 17, 2013

BIHUN SUP UTARA YANG FEMESSS...

Memandangkan honey dari tadi dok temenung je depan pc ni dok pikir ayat apa nak direka masuk dalam proposal.. baik buat entri bihun sup utara yang dah sah-sah sekejap je nak menulisnye... Bihun sup utara ni femes dengan bihun kuning dan sambal merahnya... kalau kat changlun dulu suka makan bihun sup kat bawah jambatan... huhuhu .. rindu changlun..... pasal rindu kat bihun sup kat sana la yang buat bihun sup utara untuk makan2 ngan BFF ahad lepas. OK la... jom kita nengok camana nak buatnya ya...

BIHUN SUP UTARA

Bahan-bahannya sup :

1 kilo tulang lembu
1 kilo daging lembu
1 sup bunjut adabi
3 sudu rempah sup adabi (dicairkan dengan sedikit air)
daun bawang dan daun sup

bahan mesin :
3  biji bawang besar 
5 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan tumis :
1 biji bawang besar dihiris
2 tangkai kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 ulas bunga lawang
5 biji bunga cengkih

Cara memasak sup :

1. Bersihkan tulang dan daging lembu
2. Masukkan dalam periuk bersama2 bahan mesin dan sup bunjut
3. Masukkan air sehingga melebihi paras daging dan rebus selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
(Kalau guna pressure cooker 1/2 jam dan cukup)
4. Selepas daging empuk, keluarkan daging.
5. Dalam periuk berasingan, masukkan sedikit minyak untuk menumis.
6. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
7. Masukkan rempah sup dan tumis hingga pecah minyak.
8. Masukkan air rebusan daging bersama tulang2nya sekali.
9. Tambah kuantiti air mengikut kesesuaian periuk
10. Bila mendidih, perasakan dengan garam dan sedikit gula.
11. Biarkan mendidih dalam 30 minit, bolehlah ditutup api dan tabur sedikit daun bawang dan daun sup

Bahan2 bihun :

3 bungkus bihun
1sk kunyit.

Cara menyediakan bihun :
1. Rendam bihun dalam air biasa selama 30 minit
2. Toskan bihun, masukkan semula ke dalam besen.
3. Masukkan air panas, pastikan kuantiti air menutupi paras bihun.
4. Masukkan kunyit dan ratakan.
5. Biarkan 10 minit atau sehingga bihun lembut dan bolehlah ditoskan airnya.


Bahan2 sambal :
2 biji bawang besar (dimesin)
3 ulas bawang putih (dimesin)
3 senduk cili kering yang dah dimesin
separuh mangkuk kecil air asam jawa
1 sb gula melaka
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaannya sambal:
1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis
2. Tumis bahan mesin sehinggap pecah minyak dan naik bau... (kalau sampai bersin tu maksudnya nanti mesti sodap hahahh)
3. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam dan gula
4. Kacau2 dan biarkan sampai mendidih.

Untuk menghidang :

Bahan2 yang diperlukan :
Daun bawang dan daun sup
Daging yang direbus, dipotong halus
Lobak masin
Cili Merah
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara menghidang :
1. Masukkan bihun, taburkan daging dan sendukkan sup
2. Tabur daun bawang, lobak masih, cili merah dan bawang goreng
3. Sudukan sedikit sambal merah dan sepotong limau kasturi
4. Makan la... tu pun nak kena suruh ke hehehehehehhe... 

Ok la itu je entri kali ni..... bleh la cuba ye. 








No comments:

Post a Comment