Salam uolss...
Semalam memang stress betul sbb anak-anak, bapak dan mak semua sakit serentak. Sebenarnya hari isnin hari tu kakak demam panas dan sakit tekak. Kena pulak public holiday semua klinik tutup. So hari selasa baru bawak dia g klinik. Dr kata kena infection sampai jadi biji2 putih kat tekak. si hamoudh pulak start sakit2... Badan tak panas lagi tapi dia dah mula nampak tak aktif. Malamnya.... temperature hamoudh naik, tido pun meracau. Habis semua barang2 dlm bilik dia kata hantu, bunga2 yg comel kat cadar aku dia ingat binatang yg dok merayap huuhuhuhu.. kesian kat dia dan kat aku sbb x cukup tido.
Hari rabu aku g gak lab pagi tu... tengahari tengok hamoudh aktif je.. alhamdulillah ingatkan dah lega la demam dia. so aku stay sampai kul 9 malam kat lab... Balik je umah, masa aku tgh bukak gate utk parking kereta tetiba..... opss... kaki aku terpelecok. sakit betul oooooo tuhan aja yg tahu. dah la aku letak kereta tgh2 jalan depan gate umah aku. 5 minit gak aku tunggu nak cool down, then slowly aku park kereta. tuhan aja yg tahu azabnya guna kaki kiri aku utk masuk clutch.. huhuhuhuh
kat dalam rumah, budak2 semua dah masuk tido... aku urut jap kaki aku lepas tu dgn terhencot hencot aku naik g bilik. laki aku tak balik lg masa tu... pegang badan hamoudh panas balik. tetiba si kecik tu menangis, hamoudh pun terjaga sekali... dah la kaki aku cacat sebelah, terpaksa la juga dodoikan dua2 budak tu... Malam tu badan hamoudh makin panas, si adik pun badan makin panas gak. laki aku jadi superman la malam tu sbb aku dah xleh gerak. masa tu dia pun sakit gak dapat mc 2 hari... huhuhu 2 kali laki aku mandi muntah hamoudh. Tapi dia cool ja... sampai ke pagi kami dua2 tak tido...
Esoknya hari khamis, semua g klinik amik ubat.. kaki aku nasib baik cepat surutnya. Dr soh tuam dengan ais lepas tu baring dan biar kaki lebih tinggi dari kepala. gitu la kisah sakit kami anak beranak.... hari ni hamoudh still suam2 kuku. adik dia pun sama.... doakan diorang cepat sembuh ye
No comments:
Post a Comment