Sunday, October 13, 2013

Rashd... si tikus kecik

Dah lama x update cerita si budak kecik Rashd... sekarang ni dah pandai merangkak. Habis satu rumah dia merayap. Gambar ni snap semalam lepas balik kerja... dia tgh makan malam. Semalam suap dia makan nestum je.. Sambil makan sambil merayap... tempat favourite ialah bawah meja makan. Nampak sebijik cam anak tikus hehehe...





ROSEMARY GRILLED CHICKEN & BLACK PEPPER SAUCE

Salam uolszzz.... Masak apa hari ni? Hari cuti mesti masak best2 kan heheheh...

Hari ni honey plan nak masak western, konon nak kurangkan makan nasi sbb rasa dah makin gemuk je. Jadi honey nak try masak Rosemary grilled chicken. Resepi Honey amik dari blog Mamasya. .... nampak memang sedap. Utk black pepper sauce, Honey guna pre-mix black pepper sauce yang diorder dari salina ayob. Sedaaappp sangat black pepper sauce dia dan siap dlm 2 minit je ok hahhaha... mmg superb OK.. check out resepi ye...





Resepi Ayam Panggang Rosemary
Sumber; Potret Kasih@ Blogwana
Oleh; Dapurmamasya

bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering - guna yg debu
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah
sedikit mentega - utk sapu atas ayam

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...


Untuk budak2 honey masak nasi ayam yg simple utk matchkan dgn grilled chicken ni. diorang mana leh x makan nasi kan... hehehehe. Hari ni lepas masak Honey bantai tidur sepanjang petang.... skrg ni baru nak buka laptop dan sambung wat kerja... ok jumpa uolllsss next entry ye

Thursday, October 10, 2013

MEE BANDUNG SIMPLE DAN SEMPOI....

Semalam masa beli2 barang basah dok pikir nak masak sarapan apa la plk..... Asyik mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, koewteow goreng, dengan cucur hotdog.. hmmm dah bosan rasanya menu tu asyik ulang tayang jer.... Kekeringan idea.. jadi beli je la mee kuning, taugeh dgn sawi. Masa dok mengemas barang2 semalam teringat pulak mee bandung... hmm lama x makan mee bandung. soo utk sarapan Honey buat Mee Bandung yang simple dan sempoi... cepat dimasak dan sodap hehhhe.... Jom tengok resepi



Bahan-bahannya :
1 paket mee kuning (celur)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (direbus)
250gm udang
1.5 liter air
3 sb Sos tomato
1 biji telur
1 kiub ayam
Seikat sawi (celur)
Segenggam taugeh (celur)
1 biji buah tomato (dihiris)
1 btg cili merah (dihiris)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering
2. Tumis bahan kisar hingga cili garing dan naik bau
3. Masukkan udang dan biar hingga udang masak
4. Masukkan sos tomato dan kiub ayam, kacau rata
5. Masukkan 1.5 liter air dan biarkan mendidih
6. Perasakan dengan garam dan gula
7. Pecahkan telur dan kacau sehingga nampak pekat.

Untuk menghidang :
1. Masukkan mee dan sayur dan telah direbus
2. Tuang kuah dan hiaskan dengan bahan hiris
3. Siap untuk dimakan

Simple kan... Selamat mencuba ok

Wednesday, October 9, 2013

Bagaimana Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Suami ??



Bestnya baca tips utk hangatkan hubungan suami isteri. Rasanya ramai yang alami perkara ni kan..... Honey ambil tips ni dari fb rumah tangga keluarga muslim . Untuk ingatan diri sendiri dan share dengan rakan2 di blog.


Bagaimana Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Suami ??

Adakah kamu merasakan suami kamu perlukan layanan dan perhatian yang istimewa? Kamu telah melalui masa yang panjang bersama suami dan berasa dirinya semakin menjauhi diri kamu? Kamu percaya dia sudah tidak ingat lagi betapa pentingnya diri kamu kepadanya? Percayalah bahawa bukan kamu seorang sahaja wanita yang merasakan keadaan sedemikian. Ramai isteri pada hari ini mempunyai perasaan yang sama dengan kamu setelah bertahun-tahun menempuh alam perkahwinan.

Jika kamu berhasrat untuk mempunyai perkahwinan yang berjaya, kamu mestilah berusaha untuk mengekalkan rasa cinta dan sifat romantik kepadanya. Sebagai seorang isteri, kamu perlu mengambil inisiatif dan menunjukkan kepada suami kamu betapa kamu mencintai dirinya sepenuh jiwa raga kamu. Lakukan setiap usaha untuk mengekalkan hubungan dengan dirinya. Ini sememangnya sukar untuk kamu lakukan sekiranya masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan harian. Terdapat beberapa perkara kecil dan asas yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kamu dan membuatkannya sedar betapa istimewanya hari-hari yang kamu berdua tempuh sepanjang perkahwinan kamu.

Antara perkara yang boleh kamu lakukan ialah:

1. Kerap-kali berkomunikasi

Bercakaplah dengannya tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kamu. Biarkan dirinya kenal dan tahu matlamat perkahwinan kamu, kepercayaan kamu dan juga keprihatinan kamu terhadap dirinya.

Mintalah pendapatnya atau nasihat daripadanya untuk kegunaan sekarang atau di masa hadapan. Ini akan menunjukkan kepadanya bahawa dirinya sememangnya pasangan kamu, tempat kamu mencurah kasih sayang dan juga perhatian.

Pasti kamu akan sentiasa berasa kebergantungan antara satu sama lain.

2. Berikan hadiah istimewa kepadanya

Buatlah kejutan dengan memberinya hadiah yang istimewa tanpa menyatakan sebarang alasan. Dapatkan edisi terkini majalah atau buku yang diminatinya, belikan dia DVD kegemarannya atau boleh sahaja menyiapkan hidangan kegemarannya sebagai hidangan makan malam istimewa bersamanya.

Kamu boleh berikan hadiah istimewa sebegini tanpa perlu menggunakan wang yang banyak. Ianya sudah cukup untuk membuatkan suami kamu merasa dirinya begitu istimewa di hati kamu.

3. Berikan pujian seikhlas hati

Sudah menjadi lumrah manusia, setiap orang pasti berasa dirinya ingin dipuji dan dihargai. Samalah jua dengan suami kamu. Apabila hubungan kamu bersamanya semakin berkembang, terdapat beberapa perkara asas yang biasa membuatkan kamu lupa untuk melakukannya iaitu pujian kepada suami.

Suami kamu sangat gembira bila kamu memujinya dengan penuh kasih sayang dan tulus ikhlas. Sebagai seorang isteri yang hebat di mata suami, buatkanlah suami kamu berasa dirinya begitu unik dan istimewa dengan mengiyakan apa sahaja pendapatnya dan mengatakan kepadanya bahawa semua perkara yang dilakukannya terbaik untuk dirinya dan juga diri kamu.

PESANAN: Perkara asas beginilah yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepadanya dan terus dapat mengekalkan hubungan ini buat selamanya.

Mengekalkan rasa cinta antara satu sama lain ialah suatu perkara yang amat penting dan berharga untuk setiap pasangan. Jadi, jangan segan silu untuk selalu menuturkan dan menunjukkan rasa cinta kepadanya.

Happy 4th Anniversary sayang !!!

Hari minggu baru2 ni.. keluar dating dengan mr HB utk celebrate anniversary kitorang yang ke-4. Kitorang jalan2 kat Alamanda... mula2 g shopping kat AEON Alamanda. Beli barang dapur skt pastu window shopping bahagian elektrik. Tu mmg part window shopping favourite kitorang... ada offer LED TV 43" RM1599 jer... pikir punya pikir... last2 x jadi amik. Kitorang punya financial baru nak stabil bulan ni... kang x pasal2 kena puasa anak beranak plak dek sbb beli tv baru heheheh... xpe la, insyaallah lain kali ada rezeki kitorang beli

Lepas tu cari tempat makan, mmg masa tgh dok window shopping aku tgh lapar sgt... tgk semua benda nampak sedap hahahah.. Oleh sebab hari special, kitorang cari Restaurant yang special skt... yg tak pernah try lagi. So.. decide nak try makan di Manhattan Fish Market.. tengok menu dia... wow nampak sangat best. Mostly seafood grill ataupun goreng western style.


Menu yg kami pilih.... seafood platter utk 2 org. Hmm... siap ada nasik lagi. Dalam tu ada udang, sotong, tiram dan fish fillet. Udang tu mmg super sedap.... dimasukkan cheese dan dibakar depan kitorang... mmg best dan nyummy....



 Lepas tu... surprise!!!! Dapat cincin sebentuk... waaa tq so much hubby. Dia kata niat nak beli gelang tgn tapi budget x cukup. alaahaiiii.. bg cincin pun dah cukup touching... Love u so much lah laling.... heheheh


Monday, October 7, 2013

Petua kebahagiaan rumah tangga

Alhamdulillah.... Bersyukur dengan rahmat Allah. Tahun ni kami sambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4. Sekejap je masa berlalu... rasa cam baru je kami kenal, tetiba kawin, tetiba dapat anak... (hahaha.. tetiba la sangat). Sekarang dah 2 ada 2 cahaya mata.

Perkahwinan ni memang satu cabaran, ye lah.... masing2 ada perangai sendiri jadi nak cari persefahaman bukannya senang. Contohnya, aku ni jenis yg suka prepare apa2 awal cth holiday ke, birthday ke. But my husband rasa benda2 tu semua remeh.... x yah nak bincang awal2. dah dekat nak jadi baru pikir.. huuhuhu... blh ke camtu? 

Tapi... walau macamana berbeza pun, cubalah cari titik persefahaman ye... bincang baik2 jgn gaduh2.. jgn emo2.. heheheeh OK lah, nak share tips dari Ustazah Nor Bahiyah tentang kebahagiaan rumah tangga. Tips ni Honey amik dari blog jomkawin.com


8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah  'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah  'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah  'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili  'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud  'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah  'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah  'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Alhamdulillah... husband Honey seorang yang pegang kuat pada agama, jadi iman solat bila berkesempatan, betulkan pemahaman hukum agama, dan tahu tanggungjawab seorang suami, ayah dan ketua keluarga. Itulah kunci kebahagian yang sebenarnya......

Friday, October 4, 2013

How to find PROBLEM STATEMENT??


Been in this situation before??? As a Master or PhD students... Problem Statement is the main thing of your research. Before you could develop your research proposal, you should have concrete Problem Statement. In simple words..... why you want to proceed your research.

The problem statement should be just in one  concise sentence. Its sound easy and logical but how to find it is the main problem... I will share with you what i had learn through my journey. This is my steps of finding problem statements...

1. Identify your main area key word. Main area will be very broad like leadership, knowledge management, strategic management or islamic finance. Choose the main area that you feel near to your interest either through working experience or personal preference... remember you will have to spend at least 3 years with this key word... so make sure you love it.

2. Identify your specific area keyword. Through general reading you will find more keywords under this main area. identify as many keyword as possible by reading latest journal article about main area. Choose one specific area as your field of research for example under strategic management, you choose strategic planning. or under knowledge management, you choose knowledge sharing.

3. Now be more focus in finding material about your specific field. Find latest articles (shall less than  5 years) in that field and search for any issues or problem arise. Find as much issues as you can and note it down in one simple table that concise of citation, issues/problem, keywords.

4. After collecting list of issues, start analyzing it to try to find relation between the issues.


It could be because :

a. Problem exist that could affect future survival of organization
b. Current policy or method is not suitable anymore
c. Have issues arise and need close attention to solve it
d. New technology, trend or need are required to adapt changes

5. Try to find any solution for it and if you not found any solution, then it might be your problem statement.

6.Start construct your PS. Support your PS with citations why that area is important, why that specific field is important, what is the research gap and why the gap is important. Then at final paragraph, compress your problem statement in one sentence and stress the important of the solution and how it could benefit other.

Hope this will give you some guide. Last but not lease, dont forget to duaa, God are the best guidance. May Allah make it easy for all of us in our journey....