Wednesday, October 9, 2013

Bagaimana Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Suami ??



Bestnya baca tips utk hangatkan hubungan suami isteri. Rasanya ramai yang alami perkara ni kan..... Honey ambil tips ni dari fb rumah tangga keluarga muslim . Untuk ingatan diri sendiri dan share dengan rakan2 di blog.


Bagaimana Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Suami ??

Adakah kamu merasakan suami kamu perlukan layanan dan perhatian yang istimewa? Kamu telah melalui masa yang panjang bersama suami dan berasa dirinya semakin menjauhi diri kamu? Kamu percaya dia sudah tidak ingat lagi betapa pentingnya diri kamu kepadanya? Percayalah bahawa bukan kamu seorang sahaja wanita yang merasakan keadaan sedemikian. Ramai isteri pada hari ini mempunyai perasaan yang sama dengan kamu setelah bertahun-tahun menempuh alam perkahwinan.

Jika kamu berhasrat untuk mempunyai perkahwinan yang berjaya, kamu mestilah berusaha untuk mengekalkan rasa cinta dan sifat romantik kepadanya. Sebagai seorang isteri, kamu perlu mengambil inisiatif dan menunjukkan kepada suami kamu betapa kamu mencintai dirinya sepenuh jiwa raga kamu. Lakukan setiap usaha untuk mengekalkan hubungan dengan dirinya. Ini sememangnya sukar untuk kamu lakukan sekiranya masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan harian. Terdapat beberapa perkara kecil dan asas yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kamu dan membuatkannya sedar betapa istimewanya hari-hari yang kamu berdua tempuh sepanjang perkahwinan kamu.

Antara perkara yang boleh kamu lakukan ialah:

1. Kerap-kali berkomunikasi

Bercakaplah dengannya tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidup kamu. Biarkan dirinya kenal dan tahu matlamat perkahwinan kamu, kepercayaan kamu dan juga keprihatinan kamu terhadap dirinya.

Mintalah pendapatnya atau nasihat daripadanya untuk kegunaan sekarang atau di masa hadapan. Ini akan menunjukkan kepadanya bahawa dirinya sememangnya pasangan kamu, tempat kamu mencurah kasih sayang dan juga perhatian.

Pasti kamu akan sentiasa berasa kebergantungan antara satu sama lain.

2. Berikan hadiah istimewa kepadanya

Buatlah kejutan dengan memberinya hadiah yang istimewa tanpa menyatakan sebarang alasan. Dapatkan edisi terkini majalah atau buku yang diminatinya, belikan dia DVD kegemarannya atau boleh sahaja menyiapkan hidangan kegemarannya sebagai hidangan makan malam istimewa bersamanya.

Kamu boleh berikan hadiah istimewa sebegini tanpa perlu menggunakan wang yang banyak. Ianya sudah cukup untuk membuatkan suami kamu merasa dirinya begitu istimewa di hati kamu.

3. Berikan pujian seikhlas hati

Sudah menjadi lumrah manusia, setiap orang pasti berasa dirinya ingin dipuji dan dihargai. Samalah jua dengan suami kamu. Apabila hubungan kamu bersamanya semakin berkembang, terdapat beberapa perkara asas yang biasa membuatkan kamu lupa untuk melakukannya iaitu pujian kepada suami.

Suami kamu sangat gembira bila kamu memujinya dengan penuh kasih sayang dan tulus ikhlas. Sebagai seorang isteri yang hebat di mata suami, buatkanlah suami kamu berasa dirinya begitu unik dan istimewa dengan mengiyakan apa sahaja pendapatnya dan mengatakan kepadanya bahawa semua perkara yang dilakukannya terbaik untuk dirinya dan juga diri kamu.

PESANAN: Perkara asas beginilah yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepadanya dan terus dapat mengekalkan hubungan ini buat selamanya.

Mengekalkan rasa cinta antara satu sama lain ialah suatu perkara yang amat penting dan berharga untuk setiap pasangan. Jadi, jangan segan silu untuk selalu menuturkan dan menunjukkan rasa cinta kepadanya.

No comments:

Post a Comment