Sunday, November 17, 2013

MY PROPOSAL DEFEND


Lama betul tak update blog.... seminggu sebelum proposal defend mmg habiskan masa2 di lab dengan buat presentation slide. tak ada apa yang menarik pun.... Lepas selesai defend.. aku take break a few days dengan settlekan macam2 hal : renew IC yg hilang, gi LPPKN (after strong advice and warning drpd my SV huhuhu... Anyway... aku still nak share my unforgettable experience on proposal defend. salau satu moment yang takkan dilupakan sepanjang hayat.....

Pagi2 aku siap2 rileks jer... xnak kelam kabut sbb nak stay dalam mood rileks.. hahaha kononnya la.... kawan2 aku dah sms tanya apasal x dtg lagi padahal baru kul 9 pg. aku defend kul 11.30... ingatkan aku sorang jer nervous rupanya semua geng2 lab aku nervous gak eeiii... touching nyer...

sampai jer kat fakulti aku letak barang2 kat lab, pastu ngan langkah kontrol ayu (berbaju kurung yer... dah lama x pakai baju kurung g fakulti) aku g ke bilik pembentangan... Ada 3 bilik pembentangan jalan serentak, aku kena present bilik 3 tapi aku masuk bilik 2 dulu tgk kawan se'lab' present. Presentation dia mmg class.... aku tgk sikit jer sbb nak masuk lab 3 tgk presenter sblm aku present. so aku expect dia akan lulus dengan cemerlangnya.. heheheh

Masuk jer dalam bilik 3 nampak penilai2 tgh makan dengan happynya.... aku makin nervous sampai senyum pun rasa pahit jer.. Tiba2 nampak satu kelibat yang amat dikenali.... MR HUBBY.... waaa surprisenya en hubby datang nak tgk aku defend huahuahuaa...... terus rasa semangat dan senyum sampai ke telinga heheheheh..... Malu2 kucing aku bila kengkawan dok puji mr hubby yg sanggup datang utk bagi semangat heheheh..

My phd mate mula present at 10.30am.... Pucat lesi muka aku tgk dia kena soalan bertubi2 sampai rasa cam nak pengsan pun ada.... Dia kena ambush dari semua aspek, pernyataan masalah yg outdated, objektif dan research question tak clear, then tak dapat nak justify elemen yang dia masukkan dlm framework... Masa tu rasanya aku cam dah takleh nk bernafas.... sebab sorang penilai dia akan sama dengan aku an he is VERY MEAN urrgggg...

Lepas dia, aku lak yg ke depan utk present.... fuh mmg menggeletar beb. One thing yang aku rasa sangat lega ialah aku dah printout my slide untuk penilai dan pengerusi.... so kalau diorang x nampak my slide sbb silau or anything diorang ada backup. Aku cuba buat slide tu as interactive as it could be (thanx to kak zu for her advice about it) dan aku cuba elakkan penggunaan ayat yang panjang dalam slide. Everything should be as simple as it can so that people not confuse....

Antara soalan yang diorang tanya ialah mengenai terma yang digunakan, pernyataan masalah, kaedah nak validate framework.... finally aku pun lulus dengan minor correction... ALHAMDULILLAH... So kat sini aku nak share sikit tips from SV and collegue masa prepare proposal

Tips persediaan untuk Proposal Defend
1. Tak perlu dokumenkan semua perkara dalam proposal ke dalam slide.... penilai dah baca proposal jadi cuma fokuskan kepada isi penting sahaja iaitu
a. Definisi terma
b. Simptom / Isu
c. Pernyataan masalah
d. objektif -> persoalan kajian -> instrumen
e. skop kajian
f. sumbangan kajian
g. pembangunan model / framework
h. justifikasi model digunakan dan lompang yang diisi
i. kaedah penyelidikan
j. perancangan masa penyelidikan
2. Define semua term yang digunakan dengan jelas beserta rujukan. Definisi ni penting agar kita tidak lari daripada apa yang dikaji dan tahu tentang boundary kajian.
3. Terangkan isu2 yang akan membawa kepada pernyataan masalah beserta rujukan
4. Pernyataan masalah perlu menunjukkan satu saja masalah yang perlu diselesaikan
5. Objektif perlu menunjukkan solusi kepada masalah
6. Skop kajian perlu mempunyai justifikasi pemilihan
7. Yakin dengan apa yang dipresent....

OK... good luck to all yang akan menempuhi proposal defend... 

7 comments:

  1. Hehehe... dalam kepala akak ni, terpaksa terjemahkan dalam BI term yang honey guna nih... hahaha...
    Bila buat dalam BM, soklan dalam BM jugak kan ?
    Aduiii nyesal jer buat dalam BI... tergeliat lidah nak menjawab...

    ReplyDelete
  2. memang pening nak translate BI ke term BM kak izawani.... huhuhu... pastu antara yang kena komen ialah translate term salah waaa.... dah la term tu ada dari A-Z dalam proposal. Anyway... lega sangat sbb dah lepas satu step... tapi banyak step lagi nak kena go through nih... waaaaa

    ReplyDelete
  3. tahniah honey!!!!! bestnya...pasni akak la pulak..tahun depan bulan 2..insya Allah..doakanku..huhuhu..takut nih..research methodology belum mantappp nin..adoila..honey buat quantitative ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak.... usaha dan tawakal insyaallah berjaya. honey guna mixed method so ada qualitative dan quantitative. tapi percentage more pada qualitative. sekarang ni tengah study lebih detail utk method execution... good luck ye

      Delete
  4. eh sama la..akak pun buat mixed method (most probably)..bolehla kita kongsi2 info ..tapi betul ke kalau buat mixed method..susah bila nak analyse data nanti..nak integrtae both findings?? ini kata kawan2 yg dah habis phd la..hmm..apa kata panel honey? boleh campuq tak dua2 data?..tq so much for your help!

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually its not advice utk buat mixed method dlm satu data analysis. this is advice from my sv. so.. dia cadang sy buat interview dulu utk dapatkan detail. hasil analisis tu baru dijadikan based utk quastionaire... so takkan mix dua kategori data utk analisis.

      Delete
  5. tips yg berguna tuk eca....maybe akan buat pembentangan bulan Feb nanti,

    ReplyDelete