Thursday, October 31, 2013

CUPCAKE COKLAT DAN VANILLA




Seminggu x update blog... x sangka cepat betul masa berlalu. Hari ni dah masuk bulan November... makin dekat tarikh defend waaaaaaaaaaa!!!!!! Walaupun sibuk giler minggu ni, tak sampai hati pulak nak hampakan permintaan puteri kesayangan... Aina.. yang minta buat cupcake utk hari kanak2 hari ni..... Semalam balik dari lab pukul 7 mlm.... ajak En hubby gi beli barang dulu, ada pulak yg x cukup... Pukul 9 malam start baking... rasa berat tulang2 badan, tapi nengok muka aina dan iskandar yang dok menunggu operasi baking cupcake terus buat2 kuat hahahhah... kena jadik superwomen. Siap baking lebih kurang pukul 1 pagi. Check out resepi ok... :)

Honey buat 2 flavor.. perisa coklat dan vanilla.. checkout resepinya :)

CUPCAKE COKLAT

Bahan-bahannya :
250 gm unsalted butter
70gm brown sugar
150g gula caster
120gm tepung
60gm serbuk koko
1 sb baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
4 biji telur
240ml air sejuk

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung, serbuk koko, soda, baking powder dan garam. Kemudian ayakkan.
2. Putar butter, brown sugar dan gula caster sehingga gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji
4. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan air sejuk. Pastikan mula dengan tepung dan akhir dengan tepung.
5. Aturkan cup pilihan... masukkan adunan 2/3 cawan
6. Bakar dalam ketuhar 180C selama 20 minit atau sehingga masak. (kalau nak tau masak atau belum cucuk di tengah cupcake dengan lidi, kalau masih melekat tambah masa bakar lagi 5 minit. Ulang sampai tiada sisa melekat pada lidi)







CUPCAKE VANILLA
Bahan-bahannya :
125 gm unsalted butter
150gm tepung
120gm gula caster
1 sk soda bikarbonat
1sk baking powder
120ml susu
2 biji telur

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung, soda, baking powder dan garam. Kemudian ayakkan.
2. Putar butter dan gula caster sehingga gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji
4. Campurkan susu dengan esen vanilla
5. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu. Pastikan mula dengan tepung dan akhir dengan tepung.
5. Aturkan cup pilihan... dan masukkan adunan 2/3 cawan
6. Bakar dalam ketuhar 180C selama 20 minit atau sehingga masak.



HIASAN CUP CAKE :
Untuk hiasan aku guna buttercream jer... sebab x yah simpan dalam peti ais kek tu. kalau guna whipped cream kena masuk peti pulak.

Bahan2nya :
125gm unsalted butter
300gm icing sugar
2 sk air
edible image 
coklat warna warni

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega sehingga gebu
2. Masukkan gula icing dan air dan pukul hingga sebati
3. Lapiskan pada cupcake biar rata.
4. Hiaskan dengan edible image dan coklat urai warna warni utk lebih menarik

Kalo rajin buh warna pun blh dalam butter cream tu... Selamat mencuba ok...

Friday, October 25, 2013

Proposal Defend! Jiwa kena kental okeh...

Sebenarnya tak ada apa sangat nak cerita... seminggu ni dok terperap je dalam lab. Makan pun ala kadar je... kadang2 maggi kari, kalo bosan ubah menu maggi tomyam huuhuu... Tapi Maggi brand Mamee Chef ni memag terangkat la... harga je mahal daripada yg lain2.


Hari ni takdak member... pakat2 balik jumpa somi masing2 heheheh.... Hari ni En hubby kerja full day, kelas dari pagi sampai 9 malam... nak tambah pendapatan la katakan. Aku lak terperok je la kat lab ni sengsorang... dok baca proposal yg nak kena submit hari Isnin ni. Tinggal lagi 12 hari utk defend proposal.

Proposal defend ni step yang sangat penting masa buat PHD. Kita kena present projek PHD yang akan dibuat dan buat penilai terkesima... hahahha... aku takut aku je yang terkesima dengan soalan diorang yg selalunya amat canggih sampai susah nak jawab. hihihi.... Pesanan daripada my Prof... masa jawab muka kena confident dan jawab dengan confident. Yang penting jiwa kena kental. Anyway wish me luck okeh...

Monday, October 21, 2013

Petua Untuk Meredakan Sakit Gigi





Tadi sembang2 dengan colleague pasal sakit gigi... Dah berkali2 dia ulang alik klinik gigi.. eiii sampai seram mendengornye..

Honey ni mmg takut nak jumpa dr gigi. Bukannya dr gigi ni garang ke apa tapi mmg x suka sangat proses2 dalam bilik surgeri tu.. korang sama cam honey ke??? Skrg ni ada tertunggak appointment dgn dr gigi, tapi dok tahan2 selagi x sakit xmo pi.. kalau boleh nak g jumpa dr gigi favourite Honey je... tapi klinik dia kat jitra, kedah.... huhuhuuhu jauh sangat...

Ada kawan2 tanya pasal petua utk tahan sakit gigi... Honey share kat sini yer. Yang honey selalu guna petua no 2...

Petua Untuk Meredakan Sakit Gigi

Pilihan 1: Hancurkan bawang putih dan campurkan dengan garam. Letakkan pada bahagian gigi yang sakit beberapa minit.

Pilihan 2: Rebus cengkih, lebih kurang 2 cengkih untuk segelas air. Buat minyak cengkih. Ambil beberapa biji cengkih, minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit. Kemudian jadikan minyak sapu untuk gigi yang sakit.

Pilihan 3: Kunyah bawang merah mentah beberapa kali. Tertakluk pada keadaan kesakitan, kalau terlalu sakit, kunyah banyak biji di antara 6 hingga 8 biji sehari.

Pilihan 4: Kumur air garam ketika sakit gigi. Anda juga letak sedikit garam halus pada ubat gigi. Ia boleh meredakan sakit gigi serta menguatkan gigi anda.

Pilihan 5: Campurkan serbuk lada dengan garam. Seterusnya, gosok pada gigi yang sakit. Ia juga baik untuk anda yang memiliki gigi sensitif.

Sunday, October 20, 2013

Jom Ronda...

Lama tak update aktiviti ronda-ronda sekeluarga heheheh... Daripada simpan je gambo ni baik share ngan korang kan 

Ni aktiviti hari raya haji. Memandangkan satu taman balik kampung, yang tinggal cuma aku ngan anak beranak aku je, maka en hubby cadang kitorang ronda kat KLCC.


 Mama ngan Rashd dah ready nak jalan2.... 

Cantik pemandangan kat KLCC... si Hamoudeh hampir2 masuk mandi kat sini. Nasib baik sempat diselamatkan oleh en hubby... hahahahha

 Kakak dan abang semangat berbaju raya heheheh... Utk pengetahuan korang, pengunjung2 lain semua bukan warganegara ye... kitorang je yang semangat berbaju raya kat KLCC ni..

Besar taman permainan kat KLCC ni.. semput jugak dibuatnya. En hubby, abang ngan hamoudeh entah hilang ke mana. Tinggal aku, kakak ngan Rashd je kat sini. Kakak nyesal pakai kasut tinggi, takleh nak hyperactive hari tu... 


OK lah... ni event lain, sambut birthday Hamoudeh hari sabtu baru2 ni. Lepas je kelas, en hubby ajak bawak si hamoudeh jalan2 utk celebrate birthday dia. Mula2 tu ingat nak buat kek je sambut kat umah... tapi oleh sebab penat maka celebrate cam ni pun ok kot. Kami makan kat Nando's Alamanda. Food dia mmg sedap

 Nama binatang ni pelik sikit... kalau x silap espelada.. hahaha cam pelik kan
 Memang sedap espelada ni.. banyak gak si hamoudeh makan sampai Mr hubby kena order lagi satu. 
 Ini menu aku... nama dia Cataplana... hahaha pelik gila. nasib baik sedap. Tapi rasa cam tak cukup je huahahahha.... itu pasal la badan makin gemuk skrg ni. banyak makan... hihihi

Dan itu En spiderman, hadian besday yg hamoudeh pilih sendiri. Sekarang ni, semua benda nak buat dgn en spiderman ni. Mandi, makan, tido... Hmmm.. nasib ko la en spiderman yer 


Ini pulak trip semalam... bawak budak2 suma keluar g taman kat alamanda. En hubby nak wat kerja kat umah so aku bawak la budak2 ni keluar... kasi space skt kat dia nak kena siapkan kerja ofis.
Happynya Rashd.. suka jalan2 ye heheh
  

Tengokla betapa ganasnya diorang ni. Semua panjat keta tu termasukla maid aku hihihihi

 Muka2 keriangan... pantang nampak air pancut mesti nak posing 






ok la... itu je kot cter kali ni.... jumpa next entry ok :)

Wednesday, October 16, 2013

Projek Kek Besday di Hari Raya Aidiladha...

Hari ni hari jadi anak teruna ku yang hensem lagi menawan (walaupun hitam tapi hitam manis tau hhihihihi) yang ke-8. Makin besar anak teruna mama ni ye, mama doakan jadi anak soleh, dan berjaya dunia akhirat.... Jadi semalam bawak budak2 ni gi kedai bahan2 kek....  Nerves gak takut kedai tutup... ye la hari raya haji ni.... kalau ikut logik mana ada org nak g kedai beli brg kek kan. Orang g beraya rumah sedara mara, jumpa family. Tapi aku ni jauh di perantauan, g beraya ngan tokey kedai barang kek je la... uhuhu sedih tau.... 

Opsss back to tajuk asal, dah menyimpang lak dari tajuk heheheh...
OK nasib baik kedai bahan2 kek yummie kat seksyen 9 BBB tu bukak, dan ada gak 3-4 org melayu cam aku dok cari barang... heheheh ingatkan aku sorang je. Aku belikan edible image, Iskandar yg pilih sendiri gambar ben10 tu... Barang2 wajib byk yg dah ada kat umah, cuma aku tambah butter dengan coklat warna warni tu untuk hiasan. 




Untuk kek, buat kek coklat je... dah yg tu yg budak2 suka. Utk hiasan atas guna whipped cream.  Ok check out resepi ye :

KEK COKLAT 

Bahan2nya :

250gm unsalted butter
300gm tepung gandum
250gm gula caster
100gm gula perang
50 gm serbuk koko
5 biji telur
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk garam
1 sk vanilla essence
300 ml air sejuk

Cara membuatnya :

1. Panaskan ketuhar 170C
2. Ayak bahan2 kering; tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder
3. Pukul mentega, gula caster dan gula perang 2-3 minit
4. Masukkan essence vanilla dan telur sebiji demi sebiji
5. Masukkan bahan ayak selang seli dengan air sejuk
6. Pukul sampai semua bahan sekata
7. Griskan loyang dengan mentega dan masukkan adunan
8. Bakar selama 45 minit pada suhu 170C



Untuk hiasan :
250ml whipping cream
Sedikit chocolate rice
Edible image
Sedikit chocolate candy
Pewarna hijau untuk hiasan

Cara2nya :
1. Pukul whipped cream sehingga kental. Utk tips memukul whipped cream blh refer blog kak azlita
2. Keluarkan 4 sudu besar whipped cream yg telah kental dan masukkan dalam mangkuk kecil dan masukkan pewarna hijau.
3. Putar sehingga sekata dan masukkan dalam piping bag. Honey guna nozel small star.
4. Pastikan kek betul2 sejuk dan potong kepada 2 lapisan
5. Letakkan sedikit whipped cream pada lapisan pertama dan ratakan
6. Letak lapisan kedua dan letakkan whipped cream sehingga menutupi kek
7. Kemaskan cream dan guna sikat untukkan kemaskan tepi kek (sikat kek tau.... jgn guna sikat rambut yg ada kat umah lak.. hihii)
8. Taburkan chocolate rice di tepi kek... (tengoklah taburan org x profesional... x hapa2)
9. Hiaskan keliling kek dengan whipped cream hijau guna piping bag
10. Letakkan edible image dan hias keliling dengan colorful candy.


Siap..... sukatan ni utk kek 1 kg. Oleh sebab oven Honey jenis kecik... buat loyang utk 1/2 kg. Jadi dapatlah  2 kek.... satu bawak g sekolah. satu lagi utk di ngapp di rumah. Lepas buat masuk dalam peti ais dulu ye... bagi cream tu keras skt. Bila dah nak potong baru keluarkan.... wokeys nak caucincau dulu...

bye....

Sunday, October 13, 2013

Anak Demam.. Mak Lebam..

Semalam badan si kecik tu mula panas.. Siang ok je main dgn abg2 ngan kak aina, tetiba malam merengek pulak... kul 8 mlm, Honey bagi makan ubat siap2. harap2 x jadi demam. Tapi kul 11 malam demam makin panas.. Baba dia dah gelisah sbb x leh nak tido. So terpaksa la bawak Rashd turun ke bilik bawah. Siapkan air suam dan lap satu badan... Tengok la tu, melalak sepuas2nya bila kena lap.

Lepas lap2 bg dia menyusu sampai terlelap... tetiba dia nangis balik. Tengok jam kul 11.45 adusss... mata aku dah ngantuk sangat nih,... xpe la bawak dia dokong2 kat depan sambil nyanyi... heheheh.. camla sedap sgt suara aku nih.. yg penting dia diam wokeys heheheh



Jam 12.30 mlm dia dah tido. Baru je letak kat atas katil dia nangis balik... tetiba muntah habis segala isi susu. aduhai... kesiannya.. Cepat2 bawak dia ke toilet, cuci semua muntah. Lepas tu tukar cadar dan sarung bantal yg terkena muntah.. Lepas tu tukarkan baju dia dan dodoikan sampai dia terlena... rasanya ada la sejam 2 kot aku tido sebab Rashd asyik terkejut je... memang lebam mata aku..

Pepagi tadi bawak dia g klinik, nampak ok pulak. tak la panas sangat... dalam keta bukan main ceria lagi... hehehe...harap2 cepat la baik demam ye sayang... Love u




Rashd... si tikus kecik

Dah lama x update cerita si budak kecik Rashd... sekarang ni dah pandai merangkak. Habis satu rumah dia merayap. Gambar ni snap semalam lepas balik kerja... dia tgh makan malam. Semalam suap dia makan nestum je.. Sambil makan sambil merayap... tempat favourite ialah bawah meja makan. Nampak sebijik cam anak tikus hehehe...