Monday, September 30, 2013

Jenjalan jumpa Upin Ipin

Semalam bawak budak2 semua keluar g Bangi Gateway Shopping Complex yang baru bukak since last week. Ada Upin Ipin datang jadi melompat keriangan lah budak2 tu dlm kereta bila bgtau diorang akan jumpa Upin Ipin.... semua org excited. Sampai ja kat tempatnya tgk punya la ramai manusia.... Ya ampun,.... mak2 budak pun sama2 excited (termasukla aku)


Lepas ja joget2 ngan si Upin dan Ipin sesi bergambar.... fuhhh teruk jugak aku kena asak dengan mak-mak yg lain. semua berebut nak amik gambar kenang-kenangan. Sambil dukung si Rashd sebelah tgn aku snap gambar... cam pro je hehehh. Si mohammad lak menangis2 taknak amik gambar... Ciss... apa la punya budak. Kalau tak dia la peminat tegar Upin Ipin...





Abang ngan kakak asyik tersenyum simpul ja sebab dapat peluk2 Upin dan Ipin... heheheh sampai dah balik rumah dok senyum x habih2 lagi. Hihihihi.... Oleh sebab dua budak kecik tu asyik melalak, kejap je la kitorang kat sana. Lepas tu cari port nak isi perut lak... So kitorang serbu Burger King... hmmm my favourite. Lepas ni dekat je la nak cari Burger King heheheheh

 Gaya baba yang x berapa senonoh bila nak snap gambar hahahaha.... anyway.. Love u laling <3








Sunday, September 29, 2013

NASI LEMAK SAMBAL KERANG

Pagi ni mood rajin  Honey datang.... rasa cam nak masak nasi lemak utk anak2. Semalam my maid janji nak masak nasik lemak tapi x jadi. Mungkin x sempat kot... so pagi ni Honey tunaikanlah impian budak2 tu nak makan nasi lemak... since kerang rebus utk koew teow kerang masih berbaki lagi, Honey buat sambal kerang.... Jom tengok resepi.....


NASI LEMAK

Bahan-bahannya :
3 cawan beras
1/2 mangkuk kecil santan pekat (kara)
3 mangkuk air
2 hiris halia
3 biji lada hitam (utk elakkan kembung perut budak2)
sehelai daun pandan
3 sk garam

Cara memasak:
1. Basuh beras hingga bersih (2-3 kali)
2. Masukkan semua bahan dan kacau biar rata
3. Letak atas rice cooker

SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahannya:
1/2 kilo kerang
2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih(dikisar)
3 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
1 btg serai (dititik)
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak :
1. Bersihkan kerang sehingga tiada pasir
2. Rebus dengan sedikit air(1/4 dari tinggi kerang), 1 sk garam dan 1 btg serai
(kerang yang direbus mengeluarkan airnya sendiri)
3. Rebus sehingga air rebusan hampir kering dan kerang terbuka
4. Apabila sejuk, buang kulit kerang.
5. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih kisar
6.Masukkan serai dan tumis hingga naik bau
7. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak
8. Masukkan kerang dan masak hingga kerang garing
9. Masukkan air asam jawa, garam dan gula
10. Tambah air ikut kepekatan yang diperlukan. Untuk nasi lemak, tak perlu terlalu berair.
11. Apabila mendidih, bolehlah dihidang bersama nasi lemak, telur rebus dan hirisan timun....

Selamat mencuba...


Saturday, September 28, 2013

Presentation Day.... (gulp!!!)

24 September : Finally... dah sampai masa utk present progress to my SV... wargggg kecut perut wei... Meeting start kul 9 pagi. Sejam kami tunggu Prof Dato' nak sampai... kul 10 baru dia sampai. Pergi pekena nasi lemak rendang dulu rupanya...

Mula2 bincang pasal research grantt dulu.... sampai murnikan questionaire. walaupun x dak kaitan ngan aku tapi amik tau gak la, blh belajar camana nak wat questionnaire kan :). Yang dalam gambar pakai tudung ungu tu RA my SV. sebelah dia plk student phd yg saja join meeting kitorang utk dapatkan idea dengan projek phd dia.


Yang pakai baju merah menyala tu Dr ... serius je dia. Tengah2 meeting break kejap, sempat lagi Prof bukak lagu dangdut favourite dia hehehe... dan Dr bukak 2 lagu, kehilangan - Firman dan lagu apatah dari kumpulan republik. sempoi2 je sv aku nih


Yg dalam gambar kat bawah is my research collegue. kami dok sebilik kat research lab. So.. aku start present dlm kul 2 ptg... alhamdulillah, both my sv puas hati. ada skt 2 lagi nak kena betulkan sebelum defend proposal.... May Allah help me going through this journey... amin


Outing Taman Tasik Cempaka

Lama tak bawak budak2 ni g taman.... kesian diorang. Honey mmg bz sgt minggu ni sebab nak siapkan proposal nak hantar kat my SV on same week. waarrggg tension sgt sebab rasa banyak sangat benda nak kena buat. Anyway... bawak anak2 outing utk hilangkan stress... memang enjoy


 Hamoudeh dengan muka x malunya gongong botol keliling taman

 My lovely dotter.... dia la harapan nusa dan bangsa utk jaga adik2



 Sambil makan aiskrim... Adik Rashid plk 1st time explore rumput hahahah.. lawak sgt reaksi dia yg nak keluarkan rumput2 tu..



Happy Birthday Ammar....

Lambat update blog minggu ni... sbb byk sangat kejadian2 yg membuatkan Honey BZ manjang.... anyway 21/9 baru2 ni kami satu family g birthday party ammar, son for my lovely cousin asmiza suhana :) Happy Birthday Ammar... we all love u....







Saturday, September 21, 2013

My SV

Salam uolss...

buat apa hari ni? Hari ahad mestilah hari paling best kan, leh main2 ngan anak2, g shopping ka, jalan2 ka.... waaa bestnya. Tapi aku hari ni dok terperap kat lab. Hari jumaat dapat email dari my sweet SV, dia kata hari isnin ni Prof nak jumpa.. Alamak...waaa.... camna nak wat nih???? Mula la menggigil satu badan.

Untuk info uolss, my SV ada 2 orang. My 1st SV ialah Dr. Jamaiah, dia ni dulu lecturer kat UUM tapi lepas dapat offer Prof Madya dari UKM terus dia meninggalkan UUM. Dia ni sempoi je orgnya, muka nampak cam garang tapi dia x garang pun. Kalau ada apa2 masalah leh je terus bincang ngan dia. Very open minded and helpful. Aku dok lat lab ni pun byk betul benda dia sponsor kat aku, printer, fail2, kertas, cartridge, stationaries.... janji belajor je... Nak apa2 blh bgtau. Baru2 ni aku ngegada minta dia tlg claim buku2 yg aku beli heheheh dia kata ok... alhamdulillah. Mahal gak harga buku2 tu tau, satu 200 -300. Kopak duit aku. Lagi satu baru2 ni dia kata nak apply pc kat aku... baik btl la sv aku nih....

My 2nd SV ialah Prof Aziz Deraman. Dia ni pun sebenarnya sempoi gak tapi kalau dia komen... adoi mak!!! rasa cam kena penumbuk Mohd Ali tau... waaa... memang menusuk jiwa raga btl. Maklum la... dia tu Prof yang tersohor gak la kat Malaysia ni. Dulu dia Prof kat UKM ni tapi dapat offer jadi VC kat UMT. Jadi sekarang ni dia kerja kat UMT la. skrg dah x jadi VC dah... jadi penasihat VC je. Aku suka dua2 SV aku ni, rasa cam beruntung je dpt diorang yg sekepala.. heheheh... Dengan Prof ni kalau sembang2 biasa ngan dia mmg best sbb dia suka buat lawak, tapi masa present progress dia mmg serious sgt. Kadang2 dia x tgk pun kita present, dok main hp. Lepas je present... soalan pertama keluar dari mulut dia dah aku x reti nak jawab. Tu yg buat aku menggigil gugil satu badan skrg nih....

Oleh sebab nak kena jumpa dia hari isnin, maka lesap la cuti aku hujung minggu ni. Dengan gigihnya aku nak siapkan proposal nak tunjuk kat dia esok. Plus.. dia minta aku buat slide setiap kali nak jumpa dia. Mata  dah tak larat nak bukak sebenarnya... anyway uolss tlg doakan kejayaan Honey ok.... Luv uolsss


Friday, September 20, 2013

Hari sakit beramai-ramai

Salam uolss...

Semalam memang stress betul sbb anak-anak, bapak dan mak semua sakit serentak. Sebenarnya hari isnin hari tu kakak demam panas dan sakit tekak. Kena pulak public holiday semua klinik tutup. So hari selasa baru bawak dia g klinik. Dr kata kena infection sampai jadi biji2 putih kat tekak. si hamoudh pulak start sakit2... Badan tak panas lagi tapi dia dah mula nampak tak aktif. Malamnya.... temperature hamoudh naik, tido pun meracau.  Habis semua barang2 dlm bilik dia kata hantu, bunga2 yg comel kat cadar aku dia ingat binatang yg dok merayap huuhuhuhu.. kesian kat dia dan kat aku sbb x cukup tido.
Hari rabu aku g gak lab pagi tu... tengahari tengok hamoudh aktif je.. alhamdulillah ingatkan dah lega la demam dia. so aku stay sampai kul 9 malam kat lab... Balik je umah, masa aku tgh bukak gate utk parking kereta tetiba..... opss... kaki aku terpelecok. sakit betul oooooo tuhan aja yg tahu. dah la aku letak kereta tgh2 jalan depan gate umah aku. 5 minit gak aku tunggu nak cool down, then slowly aku park kereta. tuhan aja yg tahu azabnya guna kaki kiri aku utk masuk clutch.. huhuhuhuh

kat dalam rumah, budak2 semua dah masuk tido... aku urut jap kaki aku lepas tu dgn terhencot hencot aku naik g bilik. laki aku tak balik lg masa tu... pegang badan hamoudh panas balik. tetiba si kecik tu menangis, hamoudh pun terjaga sekali... dah la kaki aku cacat sebelah, terpaksa la juga dodoikan dua2 budak tu... Malam tu badan hamoudh makin panas, si adik pun badan makin panas gak. laki aku jadi superman la malam tu sbb aku dah xleh gerak. masa tu dia pun sakit gak dapat mc 2 hari... huhuhu 2 kali laki aku mandi muntah hamoudh. Tapi dia cool ja... sampai ke pagi kami dua2 tak tido...

Esoknya hari khamis, semua g klinik amik ubat.. kaki aku nasib baik cepat surutnya. Dr soh tuam dengan ais lepas tu baring dan biar kaki lebih tinggi dari kepala. gitu la kisah sakit kami anak beranak.... hari ni hamoudh still suam2 kuku. adik dia pun sama.... doakan diorang cepat sembuh ye


Tuesday, September 17, 2013

Starting My PhD Journey...

Sedar tak sedar... dah setahun rupanya Honey cuti belajar. Rasa terharu ada, nak nangis ada, takut pun ada.... uwaaaa...... Itu la, sapa yang soh belajar? Tak ada sapa2 kan... sendiri yang gatal2 apply nak wat phd nih. Sendiri korek lubang.. sendiri masuk dalam lubang. Lepas tu sekarang ni tgh pikir camana nak kuar... gitu la perumpamaannya utk Honey ni.. huhuhhu...

Sebenarnya, sebelum Honey buat PhD lagi ramai yang kata wat phd ni susah, payah, mencabar dan macam2 perkataan lagi la mengggambarkan betapa teruknya perjalanan nak mendapatkan sekeping sijil PhD. Tapi dalam pada tu, ada juga beberapa orang yang Honey jumpa dan diorang bagi semangat dan peransang... especialy my hubby. Walaupun dia pun tak habih2 lagi wat phd tapi dia kata dia sangat yakin yang Honey boleh lulus PhD... (ayat power tuh). Dan boss Honey kat UUM tu pulak cakap, buat PhD ni bukannya untuk orang genius, tapi untuk orang rajin. Jadi kesimpulannya walaupun rasa diri tak sepandai mana... kalau rajin mesti boleh habis punya.... Satu lagi kata-kata semangat dari seorang rakan sekerja yang dah bergelar Dr, matlamat buat PhD ni bukannya nak melahirkan seorang yang pandai dalam semua perkara, tapi melahirkan seorang yang tahu mengenai sedikit ilmu Allah dan melahirkan seorang yang boleh menguruskan diri sendiri, dengan masa yang sedikit disamping kekangan2 hidup yang lain untuk mencapai sesuatu yang diimpikan. wahh... panjang berjela ayat. Kalo cikgu BM baca nih mesti dia kata fail. ehehheheh.... kesimpulannya buat PhD ni lebih kepada nak bentuk peribadi. Pendapat honey, semua yang diorang cakap tu adalah betul.

Honey terjun jadi student PhD tanpa ada sikit pun ilmu mengenai research... jadi memang kelabu lah jalannya. Alhamdulillah, dapat SV yang sempoi dan sangan memahami... Setahun pertama penuh dengan cabaran. Masa semester 1 Honey tengah sarat mengandung, keluar masuk hospital dan akhirnya selamat bersalin pada pertengahan semester. Nasib baik pass gak kursus Research Method. Masuk semester ke-2, Honey present proposal pada kedua2 SV.... akhirnya dush dash dushummm.. macam kena penumbuk ahli gusti. kena asak dengan macam2 soalan sampai terkedu tak tau nak jawab apa. Memang ilmu masa tu cetek sangat.. kata SV "You balik baca dulu 200-300 journal artikel"... waaaaaaaaaaaa nak nangis oooo

So... masa semester kedua, cari tajuk lain dan baca... baca... baca.... dan baca artikel.. fuhhh memang mencabar. Lepas buat proposal ala kadar, present lagi sekali... kali ni pun sama tapi kurang skt la dari 1st presentation. Katanya problem masih belum kuat utk buat research. Fuhhh mana nak cari problem nih... Mana ada manusia dalam dunia ni suka suki cari masalah selain daripada student PhD.... Lepas tu minta 3rd opinion daripada seorang prof otai.... lepas sembang2 dia bagi beberapa cadangan yang nampak munasabah... so daripada situ honey try sekali lagi cari problem yang ada... Akhirnya SVku puas hati gak dengan problem yang ketiga ni... cuma masa tu tunjuk kat dia x dalam format pun. Alhamdulillah rasa cerah balik masa depan.... hehehehe

Jadi matlamat sekarang ni nak kena siapkan 3 chapter untuk defend proposal... rasa cam lari marathon pulak.. kembang kempis hidung dah nih.... Ini lah lab tempat aku memerah otak dan juga melayan blog2 korang heheheh.... semak kan. sama la cam dalam kepala otak aku nih...

 Ni tempat discussion....

 Dalam lab ni ada lebih kurang 12 meja, meja aku je yang paling semak... nampak sangat tak senonohnya aku ni kih kih kih...

Ok uolsss... jumpa dalam next entri.. bye

BIHUN SUP UTARA YANG FEMESSS...

Memandangkan honey dari tadi dok temenung je depan pc ni dok pikir ayat apa nak direka masuk dalam proposal.. baik buat entri bihun sup utara yang dah sah-sah sekejap je nak menulisnye... Bihun sup utara ni femes dengan bihun kuning dan sambal merahnya... kalau kat changlun dulu suka makan bihun sup kat bawah jambatan... huhuhu .. rindu changlun..... pasal rindu kat bihun sup kat sana la yang buat bihun sup utara untuk makan2 ngan BFF ahad lepas. OK la... jom kita nengok camana nak buatnya ya...

BIHUN SUP UTARA

Bahan-bahannya sup :

1 kilo tulang lembu
1 kilo daging lembu
1 sup bunjut adabi
3 sudu rempah sup adabi (dicairkan dengan sedikit air)
daun bawang dan daun sup

bahan mesin :
3  biji bawang besar 
5 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan tumis :
1 biji bawang besar dihiris
2 tangkai kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 ulas bunga lawang
5 biji bunga cengkih

Cara memasak sup :

1. Bersihkan tulang dan daging lembu
2. Masukkan dalam periuk bersama2 bahan mesin dan sup bunjut
3. Masukkan air sehingga melebihi paras daging dan rebus selama 1 jam atau sehingga daging empuk.
(Kalau guna pressure cooker 1/2 jam dan cukup)
4. Selepas daging empuk, keluarkan daging.
5. Dalam periuk berasingan, masukkan sedikit minyak untuk menumis.
6. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
7. Masukkan rempah sup dan tumis hingga pecah minyak.
8. Masukkan air rebusan daging bersama tulang2nya sekali.
9. Tambah kuantiti air mengikut kesesuaian periuk
10. Bila mendidih, perasakan dengan garam dan sedikit gula.
11. Biarkan mendidih dalam 30 minit, bolehlah ditutup api dan tabur sedikit daun bawang dan daun sup

Bahan2 bihun :

3 bungkus bihun
1sk kunyit.

Cara menyediakan bihun :
1. Rendam bihun dalam air biasa selama 30 minit
2. Toskan bihun, masukkan semula ke dalam besen.
3. Masukkan air panas, pastikan kuantiti air menutupi paras bihun.
4. Masukkan kunyit dan ratakan.
5. Biarkan 10 minit atau sehingga bihun lembut dan bolehlah ditoskan airnya.


Bahan2 sambal :
2 biji bawang besar (dimesin)
3 ulas bawang putih (dimesin)
3 senduk cili kering yang dah dimesin
separuh mangkuk kecil air asam jawa
1 sb gula melaka
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaannya sambal:
1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis
2. Tumis bahan mesin sehinggap pecah minyak dan naik bau... (kalau sampai bersin tu maksudnya nanti mesti sodap hahahh)
3. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam dan gula
4. Kacau2 dan biarkan sampai mendidih.

Untuk menghidang :

Bahan2 yang diperlukan :
Daun bawang dan daun sup
Daging yang direbus, dipotong halus
Lobak masin
Cili Merah
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara menghidang :
1. Masukkan bihun, taburkan daging dan sendukkan sup
2. Tabur daun bawang, lobak masih, cili merah dan bawang goreng
3. Sudukan sedikit sambal merah dan sepotong limau kasturi
4. Makan la... tu pun nak kena suruh ke hehehehehehhe... 

Ok la itu je entri kali ni..... bleh la cuba ye. 








Monday, September 16, 2013

BFF gathering...

Lama tak menulis entri.. heheheh sebenarnya dan seminggu lebih dok pulun siapkan proposal. tapi tak siap2 lagi.... ntah bila la nak siap... huhuhuu...

hari ni nak cerita pasal BFF honey yg datang umah hari ahad lepas. Sorang tu jadi my BFF sejak zaman matrikulasi lagi...yg sorang lagi join jadi BFF masa 1st year degree kat UUM dulu. Bila berjumpa... aduhai banyak la cerita2 zaman remaja yang terkeluar hahah.... gelak sakan hari tu.

Menu utk perjumpaan BFF adalah bihun sup utara, chocolate & orange cup cake dan blueberry cheese tart. Ini je gambar yg sempat amik... yg lain2 tu x sempat sbb bateri hp habis huhuhuhu... ni semua sbb dikerjakan oleh anak2 honey yg pantang nampak handphone...

Cantik tak cup cake stand tu.. hehehh baru beli kat kedai kek yummies di Bandar Baru Bangi... Utk resepi next entry lah honey masukkan yer... sekarang ni nak sambung buat proposal lak....