Wednesday, August 28, 2013

Petua Tangkap/ halau Tikus

Salam uolss.....


Hari ni honey terbaca tentang kes kematian seorang staf UMT yang meninggal disebabkan virus kencing tikus... ishh.. makin ramai pulak yang jadi mangsa virus ni sekarang. Virus ni adalah berjangkit dan boleh membawa maut...So evrybody.... pls beware ok.  

Antara punca virus ni : 

1. disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab.

2. Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini


So kat sini nak share skett tips2 nak halau/ tangkap tikus... diambil dari blog asalmasukduit.blogspot.com

Petua Menghalau Tikus Di Rumah Anda 

Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Pilihan 2: Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Pilihan 3: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui tikus.

Pilihan 4: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari.

Pilihan 5: Tanam pokok durian belanda dan gunakan daun durian belanda. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Pilihan 6: Bela kucing (bukan kucing makan “Friskies”).

Pilihan 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi).

Pilihan 8:Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus.

Pilihan 9: Dapatkan buah jering dan tangkai jering. Letakkan di lokasi tikus selalu berkumpul.

Pilihan 10: Perangkap seekor tikus hidup-hidup. Gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika anda berjaya tangkap tikus, kurung ia 2 atau 3 hari dalam stor atau bilik air ataupun di tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari 4 bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya.

11. Gunakan gajet eletronik yang dikenali sebagai “Ultrasonic Pest Reppeller” untuk menghalau tikus-tikus memasuki rumah anda. Alat ini dapat memberikan rasa kurang selesa kepada tikus-tikus. Bagi tikus-tikus yang berada dalam zon yang dipasang dengan gajet eletronik seperti "Ultrasonic Pest Reppeller" akan mengganggu mereka dengan bunyi ultra sound yang kurang menyenangkannya. Gajet ini juga mampu mengawal serangga lain seperti nyamuk lipas dan lain-lain serangga perosak.

12. Jika semua petua tidak berkesan juga, anda disarankan menghubungi syarikat pakar kawalan serangga untuk membantu anda menyelesaikan masalah ancaman tikus. Hubungi mana-mana pakar kawalan serangga atau syarikat Pest Control untuk sebarang bantuan.




Wednesday, August 14, 2013

Petua hilangkan darah tinggi



Nak dijadikan citer..... hari ni tergeraklah hati nak gi check darah. Rasa pening-pening dah dekat seminggu sejak drive balik kampung raya ari tu. Tambah lak masa bulan puasa hari tu, masa gi LPPKN diorang kata bp honey tinggi... lepas sebulan soh datang check lagi sekali.

Masa balik raya baru-baru ni.... ada la honey sembang2 ngan uncle kesayangan (masa ni la nak manja-manja kan ewaahhh hehehhehe) . So citer la kat dia pasal check darah kat LPPKN ari tu... dia kata "jgn dok wat ralit. pi check cepat2. bahaya tau dak darah tinggi ni. satg tak pepasai hang kena strok, anak hang kemana, laki hang kemana...." wah begitu sadis dan menggerunkan.

Jadi digagahkan jugak la pi beratoq kat klinik kesihatan.... lepas check darah 143/97.... alamak. dok tinggi lg la.. Dr kata esok kena pi check darah. Lepas 2 minggu test BP lagi sekali... uwaaaaaaaaaaaaa sedihnya hati ini. Muda-muda lagi dah kena darah tinggi ni.... (perasan muda lagi kerrr????) So malam2 cenggini, gagahkan diri untuk blog walking dan cari apa2 petua tradisi untuk darah tinggi....

Ini antara yang honey dapat :

1. dari blog labuchee (http://aziella.blogspot.com)... honey copy paste je la yer


1. Epal Hijau - 4 biji
2. Carrot - 2 biji
3.Belimbing - 3 biji

BAsuh bersih2 semua buahbuahan tu. Potong kecik2 dan BLENDER. Jangan letak GULA okeh?! Tak payah letak gula.. Lepas Blender TAPIS. pastu letakkan la dalam botol, kalau banyak wat simpanan pun takpe... Letak dalam petiais.. Sejuk2 lagi sedap minum..


2. dari blog nisa (nisa-akunakkurus.blogspot.com)

Katanya minum air kelapa tiap-tiap hari selama seminggu berturut2. Insyaallah hilang....

So.... honey nak try dulu petua ni... nanti kita tengok resultnya camana next 2 weeks ya

Monday, August 12, 2013

Wajah-wajah ceria Aidilfitri 2013

Seronoknya dapat balik kampung. Sejak pindah dok kat KL ni memang dah jarang sangat balik Penang. tu pun Mr hubby x dapat balik sekali. X dapat cuti..... Kecian dia kena raya sorang2.... So honey upload sikit aksi2 yang sepat dirakam semasa hari raya pertama untuk dikongsi dengan rakan2 blogger ... chill :)











Buah hati pengarang jantung mama..... Sayaaaaaangggggggg anak2 mama mmuuuaaahhh


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.... MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Sunday, August 11, 2013

Sambunglah ikatan silaturrahim.....

Salam lebaran semua.... hari ni dah masuk hari raya ke-5. Rasanya tak terlewat lagi honey nak ucapkan selamar hari raya kepada semua. Kalau ada tersilap bahasa, terkasar kata ke apa... harap maafkan lah yerr :)

Raya tahun ni honey rasa sebak semacam je.... al maklum la. Sepanjang tahun ni macam-macam benda yang terjadi. Banyak hati yang terguris. Banyak air mata yang dah tumpah. Walau macamana pun, honey sentiasa berdoa agar semuanya akan menjadi semakin baik. Sebenarnya, dah lama honey simpan dalam hati, tak ada tempat untuk diluahkan. Selisih faham antara ahli keluarga ni, memang susah nak diceritakan... nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak.. (eh betul ke peribahasa honey nihhhh :p) 

Rasanya, hari ni honey nak luah kat rakan2 blogger je la... mungkin ada yang pernah alami jadi boleh bagi pendapat. Semenjak abah honey meninggal tahun 1986, mak honey dengan keluarga sebelah abah memang dah tak rapat. Masa tu honey kecik lagi, baru 7 tahun tapi since dari kecil honey dengan mak tinggal dengan keluarga sebelah abah, jadi honey memang rapat dengan diorang. Walaupun rumah tok sebelah mak dengan abah cuma selang 5-6 buah rumah je, mak memang x pergi ziarah keluarga sebelah abah. adik2 honey yang umur 3 tahun dan yg kecik baru beberapa bulan lagi la x rapat. Macam2 cerita honey dengar dari mak pasal diorang yang layan mak dengan teruk, sebab tu mak tak mau pergi sana langsung. Lain pulak dengan keluarga sebelah abah, tak pernah sedikit pun cerita yang buruk2 pasal mak. Setiap kali honey pergi, diorang akan bertanya khabar dan kirim salam. Masa kecik, pernah jugak honey bawak adik2 pergi sana. Tambah pula, tok sebelah mak akan marah kalau kitorang tak pergi beraya dengan keluarga sebelah abah.... tapi sekarang semua dah besar-besar. Adik2 dah lebih 10 tahun tak pergi beraya rumah tok sebelah abah. Bila bagitau kat mak, mak kata diorang dah besar2... pandai2 lah sendiri nak pergi ke tidak suka hati diorang. Tapi, honey yang setiap tahun melawat tok dan tokwan sebelah abah sedih sangat bila tgk tokwan tertunggu2 kedatangan lagi 2 cucunya.... duit raya untuk diorang dia akan simpan elok2. Dari setahun ke setahun, duit tu masih dalam sampul, sampai dekat 10 sampul dia masih lagi berharap cucu2nya akan datang melawat. Sampai satu tahun tu, tokwan betul2 merajuk. dia serahkan semua sampul tu pada honey untuk diserahkan pada adik2 honey. Menitik air mata tokwan.... Tahun ni, tokwan dah meninggal.. sebelum dia kena strok, dia masih lagi bercakap pasal adik2 honey. Dia pesan tolong tengok2 kan diorang, walaupun x pernah jenguk, diorang tetap cucu dia. Masa dia dah nazak, honey hantar sms pada adik2, minta datang jumpa dia buat kali terakhir, x ada sapa balas sms tu. Bila dia meninggal, honey sms lagi bagitau dia dah x ada. Tapi tak ada sorang pun ikut hantar dia ke kubur. Adik2 dengan kakak mak datang ziarah kat rumah tok. Lepas tu baru Mak honey datang ziarah, tapi dengan muka yang sangat masam. Tak tau la... terpaksa tunjuk muka sebab adik beradik dia datang ataupun sebab lain. Tapi yang pasti, semua orang tanya sebab apa muka mak honey masam sangat? Adik honey pulak, hantar mak sampai depan pintu ja... x masuk pun, terus balik. Raya tahun ni, tok tengah sakit, patah tangan. Dia minta nak tengok gambar adik2 honey. honey masuk dalam facebook diorang dan tunjuk gambar satu satu.... menitis air mata dia. dia kata adik honey yg no 2 tu betul2 seiras rupa abah. tambah2 dalam uniform... dia usap gambar adik2 honey. Honey dah tak sanggup tengok keadaan ni.... dah berpuluh tahun keadaan tetap sama. Honey x nak salahkan sesiapa, cuma berharap silaturrahim antara ahli keluarga bersambung semula..... kalau lah arwah abah masih ada... pasti keadaan takkan jadi camni


p/s : mood syahdu di hari raya :(

Tuesday, July 16, 2013

NASI ARAB.. OUZI

Photo: ‎الحمد لله خلص اليوم بعد عطش رهيب...بس المشكله لما يكون الفطور "اوزي" بصلي التراويح بالبيت:)‎

Assalamualaikum ..... hari ni dah hari ke lapan kita puasa, kejap je dah nak masuk minggu kedua kan. Tadi Honey ada tengok satu video yang sangat menyentuh jiwa. Tentang kenapa kita berpuasa dan apa ertinya ramadhan.... benar-benar menyentuh jiwa.... insafnya Boleh layan vidoe tu di youtube ye... ini linknya.

So hari ni, honey nak share satu lagi resepi makanan arab.... Nasi Ouzi. Ini memang makanan favourite honey masa kat Jordan. Kak ipar honey masak memang tersangat-sangat sedap. Nasi ouzi ni lagi best kalau guna kambing. Tapi since susah nak cari kambing yang fresh, honey ganti dengan ayam jer la.... Kalau sapa-sapa nak guna kambing pun boleh, ganti je ngan ayam tapi make sure rebus sampai daging betul2 lembut... OK.... ini resepinya...

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 kilo beras brasmati
1 ekor ayam (dipotong 8)
200gm daging cincang
3 sudu besar rempah mixed spices
1 biji bawang besar (potong 4)
2 biji bawang besar (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai bay leaf (kalau guna kambing letak 5 helai)
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 mangkuk kacang peas
1 biji lobak merah
100gm badang hiris
minyak zaitun (blh ganti dengan minyak masak)
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Cuci dan rendam beras brasmati dalam air panas.

2. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama bawang besar (dipotong 4), 1 sudu besar mixed spices, bay leaf dan sedikit garam. Rebus hingga ayam empuk. Toskan dan kemudan goreng seketika untuk dapatkan golden colour pada ayam. Air rebusan ayam jangan dibuang.

3. Masukkan minyak zaitun untuk menumis, dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang. Setelah naik bau, masukkan daging cincang dan 1 sudu besar mixed spices. Biar sehingga daging masak. Masukkan kacang peas, lobak merah dan cendawan butang. Perasakan dengan garam. Kacau rata sehingga semuanya masak sebati. Setelah masak ketepikan.

4. Toskan beras yang direndam tadi. Gaulkan dengan bahan No 3 yang telah siap digoreng tadi. Kemudian masukkan ke dalam rice cooker yang telah dilenser dengan minyak. Susun ayam di atas dan masukkan air rebusan ayam.

5. Masak menggunakan rice cooker dan kemudian boleh dihidang.

Kalau ikut orang arab, makan nasi ouzi ni dengan yogurt dan salad. Ok happy cooking :)




ORANGE MARBLE CAKE YANG GEBUSSSS...

 Photo: Mood : baking...  orange marble cake.

Salam uolllsss... nak masak apa pulak berbuka puasa hari ni? Honey tengah survey resepi-resepi yang sesuai  untuk berbuka. Minggu lepas, mak cik honey datang dari Sungai Petani. Dia nak daftarkan anak dia masuk kolej yang dekat dgn rumah honey.... jadi sempena diorang nak datang tu honey buatkan la Orange Marble Cake hasil resepi Mat Gebu. Linknya boleh ambil kat sini...

Memandangkan ramai yang nak datang, Honey buat la 2 biji, projek bermula di tengah-tenga malam masa bebudak tu semua dah tidor.Masa tu En hubby lak keluar jumpa kawan. Siap je baking terus masuk tido... Nak dijadikan cerita bila bangun pagi tengok2 kek tinggal sebiji.... heran betul mana hilang lagi 1. Rupa-rupanya masa en hubby balik, dah terhidu keharuman buah oren dari kek ni... Dia try sikit, sikit tengok2 habis sebiji.... cesss anyway resepi ni memang sedap, diakui sendiri oleh en hubby. Jadi tinggal la sebijik je untuk para tetamu...

Rasa tak puas makan, hari sabtu baru ni honey baking lagi sekali... kali ni boleh la makan puas-puas. Masa  honey buat, suhu 200C, terlupa nak setkan pasal tu jadi membukit skt kat tengah2. Takpela... mulut ku jugak yang nak menelannya. hehehhehe. OK la kalau uolsss rajin try la buat. Resepinya ada kat bawah yer....



BAHAN - BAHANNYA :

130 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, dll)
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour), diayak
2 biji telur gred A, asingkang kuning dan putihnya
3/4 cawan gula kastor, asingkan 1 camca besar
1 biji oren, parut kulitnya (bahagian kuning) dan perah jusnya
1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA : 

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 9inci x 4inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.

2. Putar putih telur dengan 1 camca besar gula kastor yang diasingkan hingga kental. Ketepikan. Dalam mangkuk yang sama, putar mentega dan baki gula kastor hingga gula putih. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Masukkan parutan kulit oren, putar rata.

3. Perlahankan kelajuan, masukkan jus oren berselang seli dengan tepung hingga habis. Putar rata. Masukkan putih telur yang diputar kental tadi dan gaul dengan kaedah kaup balik menggunakan spatula hingga sebati.

4. Asingkan 4 camca besar bancuhan dan campurkan dengan coklat emulco, kacau rata. Tuang adunan kosong ke dalam tin, ratakan, kemudian sudu2kan adunan coklat atasnya. Gunakan chopstik, lorek 4 - 5 kali agar menajadi corak marble.

5. Bakar 45 minit atau hingga masak. Bila kek masak, keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan sepenuhnya. Boleh potong dan hidangkan.



Sunday, July 14, 2013

MEE UDANG.... PENANG MALI


Assalaamualaikum.... tak sangka cepat betul, hari ni dah hari ke-enam kita berpuasa. Tahun ni pertama kali berpuasa di KL. Seronok sebenarnya dok kat sini, yang tak tahannya 'traffic jam'.... ya ampuuuunnnnn.... sabor je la.Ish.. melalut dah ceritanya. Ok la... sebenarnya untuk buka puasa semalam honey masak mee udang. Ini memang my favourite dish... tambah-tambah kat penang memang terkenal mee udang especially mee udang sungai dua. Harga pun boleh tahan yer.... Untuk buat mee udang ingredient penting ialah kulit dan kepala udang. Honey kalau masak udang sambal ke, atau apa2 menu udang, kepala dan kulit wajib simpan. Kepala dan kulit udang ni, direbus, dimesin dan ditapis menghasilkan stok udang yang memang bessssttttt.. 

Ok la... ini resepinya... resepi asal tak ingat dah amik kat mana ataupun belajar kat sapa. Sekarang ni honey   buat ja ikut suka hati asalkan sedap... ok layannnnnn

BAHAN-BAHANNYA

1 kilo mee kuning (dicelur)
1 kilo udang saiz XL
1.5 liter stok udang
1 biji ubi keledek (direbus dan dimesin dengan air rebusan ubi)
1 cawan sos tomato
Sayur sawi (dicelur)
taugeh (dicelur)
tomato (hiris nipis)
daun bawang (hiris nipis)
cili merah (hiris nipis)
bawang goreng
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 sudu besar cili kering yang dikisar*
1 inci kunyit *



CARA MEMBUAT KUAH :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tomato dan biarkan seketika sehingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, garam dan gula sehingga udang masak.
4. Masukkan stok udang dan ubi keledek yang dimesin.
5. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.

CARA MENGHIDANG :

1. Masukkan mee kuning, sawi, taugeh, tomoto hiris, daun bawang, cili merah dan bawang goreng.
2. Cedok udang dan hiaskan di atas.
3. Masukkan kuah dan siap untuk dimakan.

Ubi keledek tu akan memekatkan kuah, jadi kalau rasa kuah cair, tambah ubi keledek kisar. Selamat mencuba.... :)