Monday, October 7, 2013

Petua kebahagiaan rumah tangga

Alhamdulillah.... Bersyukur dengan rahmat Allah. Tahun ni kami sambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4. Sekejap je masa berlalu... rasa cam baru je kami kenal, tetiba kawin, tetiba dapat anak... (hahaha.. tetiba la sangat). Sekarang dah 2 ada 2 cahaya mata.

Perkahwinan ni memang satu cabaran, ye lah.... masing2 ada perangai sendiri jadi nak cari persefahaman bukannya senang. Contohnya, aku ni jenis yg suka prepare apa2 awal cth holiday ke, birthday ke. But my husband rasa benda2 tu semua remeh.... x yah nak bincang awal2. dah dekat nak jadi baru pikir.. huuhuhu... blh ke camtu? 

Tapi... walau macamana berbeza pun, cubalah cari titik persefahaman ye... bincang baik2 jgn gaduh2.. jgn emo2.. heheheeh OK lah, nak share tips dari Ustazah Nor Bahiyah tentang kebahagiaan rumah tangga. Tips ni Honey amik dari blog jomkawin.com


8P Tip kebahagian rumahtangga


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah  'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah  'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah  'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili  'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud  'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah  'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah  'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Alhamdulillah... husband Honey seorang yang pegang kuat pada agama, jadi iman solat bila berkesempatan, betulkan pemahaman hukum agama, dan tahu tanggungjawab seorang suami, ayah dan ketua keluarga. Itulah kunci kebahagian yang sebenarnya......

2 comments: